Sebelum ini, hubungan percintaan antara pelakon Indonesia, Jefri Nichol dan pempengaruh, Ameera Khan sering menjadi perhatian ramai susulan mereka sering berkongsikan kemesraan di dalam media sosial.
Ameera dan Jefri sudah putus?
Namun begitu, hubungan tersebut dikatakan sudah pun berada di titik noktah selepas kedua-duanya sudah tidak mengikuti akaun Instagram satu sama lain lagi.
Read More →

Kebakaran Berlaku Di Saluran Paip Utama, Petronas Gas Akan Tanggung Rugi Kira-Kira RM25 Juta
Melalui laporan The Edge, kebakaran susulan bocoran gas yang berlaku di Putra Height beberapa hari lalu bukan sahaja memberi kesan kepada 305 mangsa, tetapi turut memberi impak yang besar buat Petronas Gas Bhd.
Petronas Gas akan tanggung rugi RM18 juta hingga RM25 juta
Daripada analisis MIDF Research, syarikat berkenaan bakal menanggung rugi kira-kira RM18 juta hingga RM25 juta susulan insiden kebakaran tersebut, di mana menyebabkan saham dihentikan dagangan selama satu jam sehingga 10 pagi, Rabu.

Bursa Malaysia ditutup negatif
PETALING JAYA: Bursa Malaysia turun 7.61 mata kepada 1,518.91 pada pukul 5 petang hari ini, berbanding 1,526.52 pada penutup Rabu.
Indeks penanda aras dibuka rendah pada 1,517.30.
Jumlah dagangan sebanyak 2.51 bilion unit bernilai RM1.81 bilion.
Di pasaran yang lebih luas, kaunter rugi mengatasi untung sebanyak 548 berbanding 357 dengan 448 kaunter tidak berubah dan 994 tidak diniagakan.
Selain itu, Indeks Nikkei Jepun menurun 989.94 mata kepada 34,735.93 ketika berita ini ditulis.
Sementara itu, Indeks STI Singapura menurun 10.68 mata kepada 3,943.53, manakala Indeks ...

Kekalkan tradisi, tugas Joe Flizzow gaul jaudah Harissa
KUALA LUMPUR : Penyanyi rap dan komposer terkemuka tanah air, Joe Flizzow, mengakui setiap kali pulang ke kampung halamannya di Johor, ada satu tugasan khas yang akan dilakukannya pada saban tahun menyambut hari raya Aidilfitri.
Menurut Joe, setiap kali menjelang hari raya, dia akan diberi tugas untuk menggaul masakan Harissa yanh menjadi juadah tradisi keluarganya.
“Kalau beraya di Kuala Lumpur tak adalah keistimewaan sangat tapi kalau di Johor, saya bukan Joe Flizzow.
“Saya hanyalah seorang cucu dan anak yang mempunyai ...

Carro Sumbang 30 Kereta, Vincent Tan Hulur RM3,000 Untuk Mangsa Letupan Paip Gas Di Putra Heights
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menawarkan perkhidmatan percuma kepada mangsa insiden letupan paip gas bawah tanah di Putra Heights sehingga menyebabkan kebakaran besar serta kemusnahan harta benda.
Memetik laporan Berita Harian, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, mengumumkan bahawa JPJ akan membuka kaunter bergerak di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Masjid Putra Heights bagi memudahkan penggantian dokumen penting yang musnah atau hilang akibat kejadian itu.
Ganti dokumen secara percuma

PU Riz Tegur Netizen Buat Trend ‘Aku Berlutut? Tidak Akan’ – “Tak Boleh Ambil Ringan, Jangan Gurau Perkara Yang Dilarang”
Baru-baru ini, pendakwah bebas dikenali ramai iaitu Haris Ismail atau lebih dikenali sebagai PU Riz tampil memberi teguran kepada netizen, khususnya umat Islam untuk lebih berhati-hati membuat trend di platform media sosial sempena perayaan Aidilfitri.
Nak melawak ada batasnya..
PU Riz menegur warganet yang melakukan video trend TikTok iaitu ‘Aku Berlutut? Tidak Akan’ yang difahamkan diambil daripada watak Alucard dalam permainanan online, Mobile Legends.
Kita tak boleh ambil ringan, jangan ‘chill’ atau bergurau kepada perkara yang dilarang. Bila buat lawak dan trend begitu, sudah melanggari ...

Thailand ada ‘pelan kukuh’ tangani tarif AS
BANGKOK: Thailand menegaskan mempunyai ‘pelan kukuh’ untuk menangani tarif perdagangan baharu yang dikenakan oleh Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump dan berharap dapat merundingkan pengurangan kadar tersebut.
Perdana Menteri, Paetongtarn Shinawatra berkata, kerajaannya akan mengambil langkah-langkah bagi mengurangkan impak daripada levi 36 peratus yang diumumkan oleh Washington sebagai sebahagian daripada tarif besar-besaran yang telah menggoncang pasaran global.
Trump meningkatkan perang perdagangannya dengan mengenakan tarif 10 peratus ke atas import dari seluruh dunia serta levi tambahan yang tinggi terhadap rakan dagang utama.
Negara-negara ...

CAP tuntut RCI ditubuhkan siasat insiden kebakaran paip gas
GEORGE TOWN : Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat insiden kebakaran paip gas di Putra Heights, Selangor pada 1 April lalu.
Presiden CAP, Mohideen Abdul Kader berkata, RCI diperlukan bagi mengenal pasti punca kejadian selain memastikan insiden seumpama itu tidak berulang pada masa hadapan.
“Kita mahu tahu mengapa mekanisme keselamatan automatik gagal berfungsi dan bagaimana paip gas boleh diletakkan begitu hampir dengan kawasan perumahan.
“Siasatan menyeluruh justeru diperlukan untuk menentukan sama ada ia berpunca ...

Lelaki Berkejar Pulang Dari Terengganu Demi Selamatkan 8 Ekor Kucingnya Di Putra Heights
Baru-baru ini, satu letupan besar saluran paip gas di Putra Heights mengejutkan penduduk setempat dan telah mengakibatkan kemusnahan besar serta memaksa penduduk yang terjejas untuk berpindah.
Memetik laporan WeirdKaya, antara yang terjejas ialah Abdul Ghani Abdul Aziz, 57 tahun, yang ketika kejadian berada di Kuala Terengganu.
Dia memberitahu dia telah menerima panggilan daripada adiknya di Melaka yang memberitahu tentang kebakaran tersebut.
Rumahnya terletak hanya 50 hingga 100 ...

AS Kenakan Tarif Tinggi Ke Atas Malaysia & Negara ASEAN Lain Bermula 9 April
Baru-baru ini, Amerika Syarikat (AS) telah mengambil langkah drastik dalam dasar perdagangannya dengan mengenakan tarif import tinggi ke atas beberapa negara ASEAN, termasuklah Malaysia.
Memetik laporan The Edge, bermula 9 April ini barangan dari Malaysia yang memasuki pasaran AS akan dikenakan cukai sebanyak 24%.
Read More →