KOTA TINGGI: Calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang terjejas banjir diasingkan dan diberikan ruang tidur yang berasingan daripada mangsa lain di pusat pemindahan sementara (PPS).
Ketua Pengarah Pendidikan, Azman Adnan berkata, Kementerian Pendidikan (KPM) telah menyediakan bilik khas bagi memastikan mereka dapat mengulang kaji pelajaran dalam keadaan yang lebih selesa dan tenang.
“Pihak sekolah telah menyediakan bilik khas untuk calon SPM ini menjalani ulang kaji dan menyediakan bilik khas untuk mereka tidur. Calon ini tidak ...