KUALA LUMPUR: Empat individu, termasuk seorang penjawat awam, ditahan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) kerana disyaki terlibat dalam aktiviti memiliki dan mengedar lebih 50,000 bahan lucah membabitkan kanak-kanak (CSAM).
Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, tiga lagi suspek terdiri daripada seorang akauntan, pereka web, dan pelatih syarikat telekomunikasi, berusia antara 26 hingga 49 tahun.
Kesemua mereka ditahan hasil operasi bersepadu yang melibatkan enam negara, diketuai Pasukan Polis Singapura, pada 20 ...