PUTRAJAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan segala bentuk bantuan dan usaha koordinasi terkait insiden kebakaran di Putra Heights perlu diselaraskan secara langsung dengan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari.
Perdana Menteri berkata, usaha itu perlu turut diselaraskan dengan pihak Petronas diketuai Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Tan Sri Tengku Muhammad Taufik Tengku Kamadjaja Aziz.
Kata beliau, langkah ini bagi memastikan segala gerak kerja terkait pengurusan bantuan di lapangan dapat dibuat dengan teratur dan lebih berkesan.
“Kerjasama erat antara Kerajaan Persekutuan, ...