PETALING JAYA: Pelumba cilik negara, Qabil Irfan Azlan menjuarai perlumbaan 1 dalam aksi pembukaan musim pada Kejohanan Superbike Sepanyol (ESBK) di Litar Jerez, Sepanyol, hari ini.
Beraksi dalam kategori baharu iaitu ESBK Talent Cup, Qabil tidak mengambil masa lama untuk menyesuaikan diri apabila dia melakar masa terpantas 26 minit 22.845 saat (s) untuk memenangi perlumbaan tersebut.
Mengekori rapat diri di belakang Qabil ialah pelumba Sepanyol, Izan Rodriguez yang berpuas hati melengkapkan saingan di tangga kedua (+0.451s), manakala, rakan senegaranya, Andres Garcia ...