PETALING JAYA: Hasrat untuk terus menabur bakti kepada sukan negara sentiasa menyala dalam diri Presiden Persekutuan Karate Malaysia (MAKAF), Datuk Nur Azmi Ahmad.
Semangat itu menjadi pendorong untuk dirinya bertanding merebut jawatan Timbalan Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM) dalam pemilihan badan induk sukan negara itu.
Azmi yang juga bekas Ketua Kontinjen (CDM) negara ke temasya Sukan SEA 2021 di Hanoi, Vietnam dilihat antara calon paling berpengaruh dan berpengalaman untuk menjawat jawatan berkenaan.
Beliau bukan sahaja aktif dalam pembangunan sukan tempatan, malah Nur ...