WASHINGTON: Calon Republikan, Donald Trump mengangkat sumpah untuk penggal kedua sebagai Presiden Amerika Syarikat (AS) ke-47 di dalam bangunan Capitol, Washington, hari ini.
Sambil disaksikan oleh ratusan ribu penyokong menerusi siaran secara langsung, Trump, 78, mengangkat sumpah jawatan di hadapan Ketua Hakim, John Roberts.
Acara itu juga buat kali pertama dalam tempoh 40 tahun dipindahkan ke dalam lokasi tertutup berikutan cuaca sejuk melampau.
Kali terakhir majlis pelantikan dipindahkan ke dalam bangunan kerana cuaca sejuk ...