BUTTERWORTH : Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, hubungan antara rakyat pelbagai kaum di Malaysia ketika ini sangat baik tanpa sebarang ketegangan.
Menurut Perdana Menteri, ketegangan atau masalah itu bagaimanapun hanya timbul apabila berlakunya campur tangan tokoh-tokoh politik yang kebankrapan idea.
“Kita (rakyat Malaysia) tidak ada ketegangan. Tidak merasakan itu. Masalahnya hanya (berlaku) apabila tokoh-tokoh politik ini yang sudah bankrap idea mereka, menghasut (kaum tertentu) supaya benci antara satu sama lain.
“Kalau kita tengok hari ini, berapa ribu orang Melayu, berapa ribu orang ...