IPOH: Sebanyak 50 rumah rosak akibat ribut berserta hujan di daerah Perak Tengah petang tadi.
Kejadian sama dilaporkan berlaku di Larut Matang dan Selama dan di Sungai Manik di Hilir Perak.
Menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Perak, kejadian berlaku antara pukul 4.30 petang hingga 6,30 petang itu membabitkan enam kampung di Perak Tengah iaitu Kampung Seberang Perak, Kampung Pasir Jenderis, Kampung Kepala Pulau, Kampung Pulau Besar, Kampung Gajah dan Kampung Pasir Salak.
Menurutnya, ribut di Perak Tengah menyebabkan beberapa buah rumah ...