SEPANG: Lelaki berusia 50 tahun yang terjun ketika cuba menyelamatkan botnya di rumah api di Pantai Sungai Pelek petang Sabtu lalu ditemukan lemas pagi tadi.
Mayat mangsa ditemukan kira-kira pukul 11 pagi tadi di kawasan Jimah Power, Port Dickson, iaitu sejauh lima kilometer (km) daripada lokasi mangsa dilaporkan lemas.
Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Norhizam Bahaman berkata, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).
“Kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada orang awam yang telah menyalurkan maklumat serta semua agensi yang terlibat ...