BUTTERWORTH : Tidak wujud sebarang isu berkaitan kekurangan tanah perkuburan Islam di Pulau Pinang seperti yang didakwa oleh sesetengah pihak sebelum ini.
Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Dr. Mohamad Abdul Hamid berkata, sebaliknya, isu yang timbul ialah kebanyakan penduduk tidak mahu jenazah ahli keluarga mereka dikebumikan jauh dari kawasan kariah yang mereka diami.
Mohamad berkata, kerajaan negeri bagaimanapun mengambil maklum akan kesukaran yang dihadapi oleh sesetengah kawasan kariah seperti di Sungai Dua yang terpaksa mengebumikan jenazah jauh dari kawasan mereka disebabkan ...