Penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza menjadi perhatian apabila berseloroh mahu menjodohkan pelawak Zizan Razak dengan pengawal peribadinya.
Menerusi siaran langsung yang dimuat naik semula di TikTok, Siti berseloroh mengatakan pengawal peribadinya yang dikenali sebagai Mimi itu sesuai dengan Zizan memandangkan wanita itu berasal dari Terengganu.