KUANTAN: Legasi kepimpinan Perdana Menteri Kelima, Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi tetap hidup, terpahat sejarah, tersemat dalam sanubari rakyat dan terus menjadi obor kepada perjuangan membina Malaysia yang lebih inklusif, progresif serta berteraskan nilai.
Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah, pemergian Allahyarham kehilangan besar buat negara.
“Dengan penuh rasa hiba dan dukacita, beta menzahirkan ucapan takziah atas pemergian negarawan ulung dan juga bapa pembangunan modal insan, Allahyarham Tun Abdullah.
“Seorang tokoh yang dikenang bukan hanya kerana jasanya kepada negara, ...