Blog

Penyelidik dedah manusia sudah guna pelindung matahari sejak zaman purba

LONDON: Sekumpulan penyelidik antarabangsa mendedahkan manusia purba dipercayai terselamat daripada ancaman sinaran suria berbahaya lebih 40,000 tahun lalu dengan menggunakan sejenis bahan semula jadi yang kini dikenali sebagai pelindung matahari prasejarah.

Kajian terbaru yang dijalankan oleh Universiti Michigan, Amerika Syarikat mendapati manusia zaman batu, termasuk Homo sapiens, menggunakan oker, iaitu sejenis mineral semula jadi yang mengandungi sifat pelindung sinaran ultraungu (UV) bagi melindungi kulit mereka daripada kesan radiasi kosmik yang semakin kuat ketika itu.

Fenomena tersebut berlaku sewaktu Kutub Utara magnetik ...

Read More →

Banjir akan terus berlaku hingga projek tebatan banjir siap 

KLANG: Masalah banjir di beberapa kawasan ‘hot spot’ di Bandaraya Diraja Klang mampu diatasi setelah projek tebatan banjir bernilai RM80 juta siap menjelang tahun 2029.

Menurut Datuk Bandar Diraja Klang, Datuk Abd. Hamid Hussain, sementara menunggu projek tersebut siap, beberapa siri banjir akan terus berlaku di kawasan terbabit.

“Bagi pihak Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK), memang kita melihat (untuk menaiktaraf) infrastruktur kita, yang mana kita mempunyai peruntukan RM80 juta untuk menaiktaraf sistem perparitan kita di kawasan yang boleh mendatangkan banjir di ...

Read More →
blank

Chong Wei sedia terap ‘winning mentality’ kepada atlet Johor

JOHOR BAHRU: Bekas pemain badminton nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei sedia menerapkan ‘winning mentality’ dalam jiwa atlet generasi muda negeri ini selepas diumumkan sebagai Duta Sukan Johor.

Menurutnya, pengalaman selama 26 tahun sebagai atlet akan dimanfaatkan sebaik-baiknya dalam membantu Majlis Sukan Negeri Johor (MSNJ) melahirkan atlet pelalis tanah air.

“Pengalaman naik turun kerjaya seperti roller coaster akan saya turunkan kepada atlet muda ini, saya juga mahu terapkan kepentingan disiplin untuk berjaya.

“Walaupun latar belakang saya adalah sukan badminton, namun saya ...

Read More →
blank

EU mahu meterai perjanjian perdagangan bebas dengan

PETALING JAYA: Kesatuan Eropah (EU) menyatakan semula minat untuk memeterai perjanjian perdagangan bebas (FTA) dengan ASEAN, susulan  pengumuman tarif besar-besaran oleh Amerika Syarikat (AS) sebelum ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, justeru Malaysia perlu memastikan proses tersebut dapat dilaksanakan segera.

“Kita perlu bergerak segera (ke arah itu) ,” katanya ringkas dalam Forum Ilmuan Malaysia Madani Siri Lima di sini, malam tadi.

Untuk rekod, usaha untuk  meneroka kemungkinan menjalin FTA secara menyeluruh antara EU dan ASEAN bermula sejak 2007.

Walau bagaimanapun, rundingan ...

Read More →
blank

CSR bukan sekadar ‘atas cek’

PETALING JAYA: Usaha ke arah mewujudkan rantaian bekalan dan peluang pekerjaan perlu diberi perhatian oleh syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) sebagai sebahagian tanggungjawab sosial korporat (CSR).

Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata,  ia perlu menjadi pemangkin dalam mewujudkan rantaian bekalan dan peluang pekerjaan di negara ini.

Malah katanya,  GLIC tidak seharusnya tertumpu kepada ‘menandatangani cek’ semata-mata terutama berkaitan CSR.

“Mereka mesti memainkan peranan dalam mengangkat komuniti yang kurang mendapat perhatian. Inilah CSR  yang lebih bermakna.

“Paling penting ini bukan ...

Read More →
blank

Malaysia perlu lonjakan luar biasa

PETALING JAYA: Malaysia memerlukan lonjakan luar biasa dalam memastikan kemajuan dapat dicapai dalam segala aspek menerusi kerangka Madani.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, malah Malaysia perlu bersedia mengambil risiko biarpun lonjakan tersebut mengundang ketegangan politik dan sosial.

Malah katanya, Malaysia tidak mempunyai pilihan lain dan amat memerlukan lonjakan demi kepentingan semua.

“Kalau kita tanya diri kita adakah pilihan, jawapannya tidak. Pilihan yang ada adalah membujur lalu, melintang patah.

“Malah, Malaysia sekiranya hendak menjadi negara maju dalam kerangka Madani, perlu ada lonjakan ...

Read More →
blank

Ustaz Abu Syafiq Diperintah Bayar RM2.5 Juta Kepada Khairy Jamaluddin Kerana Fitnah Isu Vaksin

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini memerintahkan pendakwah bebas, Mohd. Rasyiq Mohd. Alwi atau lebih dikenali sebagai Ustaz Abu Syafiq, membayar ganti rugi sebanyak RM2.5 juta kepada bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, atas dakwaan memfitnah berhubung isu vaksin Covid-19, memetik Kosmo Online.

Keputusan itu dibuat oleh Hakim Datuk Raja Ahmad Mohzanuddin Shah Raja Mohzan yang membenarkan saman fitnah difailkan oleh Khairy sebagai plaintif terhadap Mohd. Rasyiq selaku defendan.

Read More →
blank

Industri Takaful Mungkin Rugi RM800 Juta, Rakyat ‘Tersenyum’ Dapat Kurang Beban Kewangan

Persatuan Takaful Malaysia (MTA) menjangkakan industri takaful mungkin berdepan kerugian sehingga RM800 juta berikutan pelaksanaan langkah sementara oleh Bank Negara Malaysia (BNM), memetik Harian Metro.

Langkah tersebut melibatkan pengehadan kenaikan premium tahunan bagi produk insurans dan takaful perubatan dan kesihatan (MHIT) kepada kurang daripada 10 peratus bagi sekurang-kurangnya 80 peratus pemegang polisi untuk tempoh tiga tahun akan datang.

Polisi insurans berdepan ...</p></div><a class= Read More →

blank

Bomba selamatkan remaja dihanyutkan arus deras sungai

REMBAU: Seorang remaja lelaki berdepan detik cemas apabila dihanyutkan arus deras sungai sebelum diselamatkan anggota bomba dalam kejadian di Kampung Bukit Kledang, Kota di sini petang tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kota, Pegawai Bomba Tinggi (PBT), Zaini Saleh berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian tersebut kira-kira pukul 6.10 petang.

Katanya, setibanya di lokasi kejadian, didapati terdapat seorang mangsa iaitu remaja lelaki berusia 14 tahun hanyut sejauh 300 meter semasa mandi di sungai sebelum tersekat di tengah sungai yang cetek serta ...

Read More →
Page 416 of 2,298 «...390400410414415416417418...»

Kami telah pindah ke website baru. Sila layari https://ibsfocus.my

X