Blog

Hujan lebat, ribut petir petang ini 

PETALING JAYA:  Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di beberapa kawasan Semenanjung dan Sarawak yang dijangka berterusan sehingga jam 3 petang ini.

Kawasan terjejas termasuk Perlis, Kedah (Kubang Pasu, Kota Setar, Yan), Pahang (Cameron Highlands, Lipis, Raub, Bentong, Kuantan, Pekan, Rompin), dan Selangor (Hulu Selangor, Gombak, Hulu Langat, Sepang).

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Negeri Sembilan (Jelebu, Seremban, Port Dickson, Kuala Pilah, Rembau, Tampin), Melaka serta beberapa daerah di ...

Read More →

Hutang makin berkurang, Shuib dapatkan nasihat agensi kerajaan

CHERAS: Usahawan dan pelawak, Shuib, berkongsi hutang perniagaan puluhan ribu yang ditanggungnya sebelum ini semakin berkurang. 

Jelas Shuib atau Shahmira Muhamad, 40, usaha itu dicapai selepas dia melakukan perbincangan dengan agensi kerajaan yang terlibat demi memastikan segala tunggakkan berjaya diselesaikan dalam tempoh ditetapkan. 

“Hutang itu sudah semakin berkurang, saya percaya kalau kita sudah mulakan bisnes dengan modal berjuta-juta, hutang pun berjuta jugalah.

Hutang saya puluhan ribu yang dulu itu melibatkan ...

Read More →
blank

Zoo Negara dijadual terima panda baharu pada Ogos 2025

PETALING JAYA: Zoo Negara akan menambah baik fasiliti Pusat Konservasi Giant Panda (PKGP) sebagai persediaan untuk menerima pasangan Giant Panda baharu yang dijadualkan pada Ogos ini.

Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) dalam kenyataan memaklumkan,  Projek Kerjasama Antarabangsa Konservasi Giant Panda dengan China diteruskan melalui pemeteraian perjanjian baharu pada 16 April lalu bersempena dengan Lawatan Negara Presiden China ke Malaysia. 

Katanya, pemeteraian perjanjian baharu ini membolehkan Malaysia menerima pasangan Giant Panda baharu bagi tempoh ...

Read More →
blank

Speaker sahkan terima permohonan PN tukar tempat duduk Zainol Fadzi di DUN

IPOH: Speaker DUN Perak, Datuk Mohammad Zahir Abdul Khalid mengesahkan menerima surat permohonan daripada Perikatan Nasional (PN) Perak bagi menukar tempat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), ADUN Sungai Manik, Datuk Zainol Fadzi Paharudin.

Menurutnya, surat yang ditandatangani oleh Pengerusi PN Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu tersebut diterimanya pada 16 April ketika Persidangan DUN Perak berlangsung.

“Ya, pejabat saya ada menerima surat tersebut dan saya telah minta Setiausaha Dewan untuk membalasnya.

“Kita akan melihat pelbagai pertimbangan ...

Read More →
blank

148 maut, bot terbakar dan terbalik di Sungai Congo

blank

blank

KINSHASA: Sekurang-kurangnya 148 maut selepas sebuah bot yang membawa bahan api terbakar dan terbalik di Republik Demokratik Congo. Menurut laporan media, bot tersebut membawa sehingga 500 penumpang, termasuk wanita dan kanak-kanak, ketika terbalik di Sungai Congo yang terletak di wilayah barat laut negara itu pada Selasa. Kejadian berlaku berhampiran Mbandaka, ibu negeri Equateur, di antara … Read More →

blank

Beberapa individu dalam radar JPN

PETALING JAYA: Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) mengenal pasti saki-baki individu yang berperanan sebagai pemaklum sijil lahir dan memanipulasi dokumen palsu.

Ketua Pengarah JPN, Badrul Hisham Alias berkata, pihaknya dengan kerjasama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak menolak kemungkinan tangkapan bakal dibuat dari semasa ke semasa.

Katanya, JPN menyeru mana-mana pihak yang pernah terlibat dalam aktiviti mendapatkan sijil kelahiran tidak teratur sebelum ini sama ada pemaklum atau orang tengah agar tampil ke JPN dengan segera bagi ...

Read More →
blank

Pekerja Mengadu Baju Lusuh & Koyak Tapi Masih Tak Berganti, Jawapan CEO Pos Malaysia Curi Perhatian – “Anggaplah Diri Tu Bertuah..”

Melalui platform X, baru-baru ini, tular satu ciapan memaparkan satu hantaran foto menunjukkan luahan seorang pekerja Pos Malaysia yang mengadu bahawa baju kerjanya sudah lusuh.

Pelanggan tegur baju lama dah terlalu lusuh

Lagi membuatkan pekerja berkenaan ‘berani’ kehadapan untuk memaklumkan kepada pihak atasan selepas salah seorang pelanggan tampil menegur bahawa baju bekerjanya itu kelihatan terlalu teruk, malah jelas dilihat sudah terkoyak.

Assalamualaikum, bila baju baru nak dapat? Baju lama dah teruk sangat dah ni.. sampai pelanggan pun dah tegur.

Read More →
blank

Pengarah syarikat swasta rugi RM666,300, terpedaya pelaburan palsu

KULAI: Seorang pengarah syarikat swasta berputih mata apabila wang simpanannya sebanyak RM666,300 lesap selepas menjadi mangsa sindiket pelaburan palsu.

Ketua Polis Daerah Kulai, Asisten Komisioner Tan Seng Lee berkata, mangsa lelaki tempatan berusia 61 tahun membuat laporan polis semalam selepas menyedari ditipu.

“Mangsa tertarik dengan tawaran pelaburan yang menjanjikan pulangan 10 peratus dalam tiga hari dan membuat 20 transaksi ke dua akaun bank berbeza dari 4 Mac hingga 17 April,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Read More →
blank

Pengisian katil pesakit cecah 100 peratus

KLANG: Kadar pengisian katil (BOR) di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) di sini, mencecah 100 peratus sehingga menyebabkan kesesakan pada pasca musim perayaan sejak minggu lalu.

Pengarahnya, Dr. S. Selvamalar berkata, pihaknya mengambil maklum mengenai isu tular di media sosial berkaitan kesesakan di Jabatan Kecemasan hospital itu.

Jelas beliau, jumlah bilangan pesakit yang menunggu untuk kemasukan wad meningkat dengan purata harian mencecah 120 pesakit sejak seminggu kebelakangan ini.

“Dengan kemasukan harian ke wad yang ...

Read More →
blank

Mata Wang Jatuh Mendadak, Lebih 2 Juta Pelancong Malaysia Pilih Indonesia Sebagai Destinasi Melancong – “Lebih Mudah & Selamat”

Melalui laporan Harian Metro, susulan kejatuhan mata wang yang mendadak berlaku di negara jiran Malaysia iaitu Indonesia, ramai pelancong Malaysia menjadi negara terbabit sebagai destinasi pilihan untuk melancong.

Kos makanan dan pengangkutan lebih rendah

Disebabkan nilai tukaran ringgit lebih stabil, ia membuka peluang kepada rakyat Malaysia untuk melancong ke sana dengan kos hotel, makanan serta pengangkutan yang lebih rendah.

Menurut Presiden Persatuan Agensi Pelancongan Malaysia (Mata), Datuk Mohd Khalid Harun, antara faktor utama pelancong Malaysia memilih Indonesia sebagai destinasi ...

Read More →
Page 411 of 2,295 «...380390400409410411412413...»

Kami telah pindah ke website baru. Sila layari https://ibsfocus.my

X