Blog

Shuib Berjaya Bayar Sebahagian Hutang, Tidak Lagi Cecah Puluhan Juta

Pelawak Shuib Sepahtu meluahkan rasa syukur berjaya membayar sebahagian hutangnya dalam tempoh dua bulan dan kini hutangnya semakin berkurang.

Memetik mStar Online, Shuib berkata hutang puluhan juta yang ditanggung itu adalah perkara biasa kerana perniagaannya itu berskala besar.

BACA: “Rindu Nak Berjenaka Dengan Kawan Kita” – Shuib Akui Jep Pasangan Terbaik 

“Alhamdulillah hutang dah semakin berkurang, tak sampai puluhan juta seperti sebelum ini. Saya percaya apabila buat perniagaan bernilai jutaan ...

Read More →

Rumah Terbuka Raya Mekdi semarak sambutan Aidilfitri

JOHOR BAHRU: Rumah Terbuka Raya Mekdi yang diadakan di lima lokasi sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini bertujuan untuk menyemarakkan kembali semangat perayaan dalam kalangan rakyat Malaysia.

Ketua Sumber Manusia McDonald’s Malaysia, Azhar Darbi berkata, antara intipati program termasuklah persembahan nyanyian lagu raya dan permainan tradisional.

“Sejak McDonald’s beroperasi di Malaysia bermula 1982, ini kali pertama rumah terbuka diadakan sempena Aidiladha. Lima lokasi dipilih iaitu Bangsar, Damansara, Kuantan, Johor Bahru serta Tabuan Jaya.

“Antara matlamatnya adalah untuk meraikan kemeriahan Aidilfitri bersama ...

Read More →
blank

Pelajar maut dilanggar bas dalam kampus

KUBANG PASU: Seorang pelajar wanita Universiti Utara Malaysia (UUM) maut dilanggar sebuah bas dalam kejadian di hadapan perhentian bas di Jalan Persiaran Perdana, Kampus UUM Sintok, pagi tadi.

Dalam kejadian pada pukul 8.45 pagi itu, mangsa, Manarina Hasya Muhamad Karim, 22, yang cedera di badan disahkan meninggal dunia kira-kira pukul 6.30 petang ketika menerima rawatan di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar.

Pelajar semester empat Pusat Pengajian Pengurusan Perniagaan berasal dari Johor itu sedang menunggu giliran ...

Read More →
blank

Pemilihan PKR Pulau Pinang: Fadhlina, Mohamad tepati ramalan

NIBONG TEBAL : Ketua Wanita PKR, Fadhlina Sidek menepati ramalan apabila memenangi jawatan Ketua Cabang PKR Nibong Tebal dalam pertandingan melibatkan tiga penjuru sempena pemilihan parti itu hari ini.

Fadhlina yang juga Menteri Pendidikan menang selepas meraih 677 undi diikuti oleh lawannya, Muttaqeen Mustafa dan Muhammad Navalan Abdullah, masing-masing dengan 336 dan 72 undi.

Selain Ahli Parlimen Nibong Tebal itu, turut menepati ramalan ialah Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang merangkap Timbalan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Keadilan Pulau Pinang, Dr. ...

Read More →
blank

Selangor tumpaskan PDRM 2-0

PETALING JAYA: Selangor FC menutup kempen Liga Super musim ini dengan noktah kemenangan apabila berjaya menumpaskan PDRM FC 2-0 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), sebentar tadi.

Kemenangan berkenaan menyaksikan Selangor yang bergelar naib juara Liga Super lebih awal mengutip 52 mata hasil 16 kemenagan dan empat kali seri dalam 24 perlawanan musim ini.

Dalam aki berkenaan, skuad bimbingan Katsuhito Kinoshi berpeluang untuk berada di hadapan pada minit ke-21, namun tendangan penalti Ronnie Fernandez dinafikan penjaga gol PDRM FC, Nur ...

Read More →
blank

Sri Pahang cemerlang tutup aksi Liga Super

KUANTAN: Sri Pahang FC mencatat kemenangan ke empat berturut-turut dalam saingan Liga Super selepas berjaya menewaskan Penang FC 3-2 di padang Majlis Perbandaran Temerloh, sebentar tadi.

Tanpa penyerang, Kpah Sherman dan pemain tengah, Manuel Hidalgo, Sri Pahang turun dengan kesebelasan utama yang mungkin akan dipertaruhkan pada perlawanan akhir Piala Malaysia minggu hadapan.

Tanpa dua pemain import itu, perlawanan ini amat penting untuk Fandi menilai dan menyusun gandingan terbaik sebelum aksi bertemu Johor Darul Takzim (JDT) di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ).

Dalam ...

Read More →
blank

AS akan kurangkan jumlah tentera di Syria

blank

blank

WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) bakal mengurangkan kehadiran tentera di Syria secara berperingkat dalam tempoh beberapa minggu akan datang, dengan jumlah pengunduran dijangka mencecah separuh daripada keseluruhan pasukan yang kini berada di negara tersebut. Jurucakap Pentagon, Sean Parnell berkata, proses penyusunan semula dilakukan secara terancang dan berdasarkan penilaian semasa, sejajar dengan arahan Setiausaha Pertahanan AS, Pete … Read More →

blank

Nur Azmi mahu pastikan era keemasan sukan Malaysia bukan sekadar mimpi

PETALING JAYA: Dengan tekad yang membara dan visi yang terang, Datuk Wira Nur Azmi Ahmad mengukir sejarah sebagai Timbalan Presiden baharu Majlis Olimpik Malaysia (MOM).

Pemilihan beliau, disambut penuh keyakinan oleh komuniti sukan tanah air, menjadi bukti kepercayaan terhadap kepimpinannya dalam mengangkat martabat sukan negara ke persada global.

Kemenangan ini bukan sekadar pencapaian peribadi tetapi janji besar untuk melakar masa depan gemilang atlet Malaysia, terutamanya menjelang Sukan Olimpik Los Angeles 2028.

Berasal dari latar belakang pengurusan sukan yang kukuh, Nur Azmi membawa ...

Read More →
blank

Afdlin Shauki tewaskan Nik Nazmi di PKR Setiawangsa

PETALING JAYA: Pemilihan Cabang PKR Setiawangsa menyaksikan Datuk Afdlin Shauki menewaskan penyandang, Nik Nazmi Nik Ahmad yang merupakan Naib Presiden PKR.

Dalam keputusan diumumkan hari ini, Afdlin memperoleh 631 undi manakala Nik Nazmi pula 573 undi.

Nik Nazmi ialah Ahli Parlimen Setiawangsa dan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Sekitar.

Pemilihan PKR Cabang lain di Wilayah Persekutuan juga menyaksikan beberapa nama menang tanpa bertanding antaranya Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil (Lembah Pantai) dan Setiausaha Politik Perdana ...

Read More →
blank

Syafiq idam juarai Terbuka Malaysia

PETALING JAYA: Pemain boling negara, Syafiq Ridhwan Abdul Malik memasang impian untuk menjulang kejuaraan Terbuka Malaysia pada aksi final esok.

Menurut Syafik, sekiranya berjaya merealisasikan impian tersebut, ia akan menjadi hadiah istimewa buat dirinya sebelum bersara daripada arena kompetitif.

Atlet berusia 39 tahun itu juga mengakui prestasinya berada pada tahap terbaik dengan persiapan rapi dari segi peralatan, strategi dan juga keadaan fizikal.

“Bila saya berada dalam kelompok empat teratas, saya dapat ‘bye’ untuk pusingan pertama. Jadi, Alhamdulillah saya main dengan baik dan ...

Read More →
Page 409 of 2,295 «...380390400407408409410411...»

Kami telah pindah ke website baru. Sila layari https://ibsfocus.my

X