WASHINGTON: Lebih 12 pegawai yang terlibat dalam penyiasatan jenayah ke atas bekas Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump dipecat, menurut sumber yang rapat dengan insiden tersebut.
Pemecatan tersebut diumumkan menerusi surat daripada Pemangku Peguam Negara, James McHenry yang menyatakan pegawai-pegawai berkenaan tidak boleh ‘dipercayai’ untuk melaksanakan agenda Trump.
“Sebagai individu yang memainkan peranan penting dalam pendakwaan terhadap Presiden Trump, kepercayaan kepemimpinan Jabatan ini terhadap anda untuk melaksanakan agenda Presiden kini tidak lagi wujud,” tulis McHenry ...