JOHOR BAHRU: Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Akmal Nasrullah Mohd. Nasir gagal mempertahankan jawatan Ketua Cabang PKR Johor Bahru apabila tewas pada pemilihan parti, hari ini.
Berdasarkan laman sesawang keputusan Pemilihan PKR 2025, Akmal yang juga Ahli Parlimen Johor Bahru hanya mendapat 587 undi sahaja, manakala lawannya, Mohamad Taufiq Ismail yang juga Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Johor memperoleh 709 undi.
Keputusan pemilihan PKR 2025 itu dimuat naik dalam laman sesawang