MACHANG: Seorang lelaki dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam Sungai Kelantan di Kampung Maka Joh, Labok di sini semalam.
Mangsa, Khairul Naeim Che Deraman, 29, disedari hilang oleh keluarganya pada petang semalam selepas didapati tidak pulang ke rumah.
Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Machang, Mohamed Andera Md. Yusoff berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 3.40 petang semalam oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang memaklumkan mengenai kes kehilangan seorang lelaki.
Menurutnya, anggota bomba menjalankan operasi mencari di pesisir sungai berkenaan selepas ...