PUTRAJAYA: Seorang bekas peguam memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini, bahawa bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi sangat mendesak supaya perjanjian usaha sama syarikat itu dengan PetroSaudi International Ltd. (PSI) boleh dimuktamadkan.
Bekas rakan kongsi firma guaman Wong & Partners, Brian Chia Hock Gee dalam keterangannya berkata, ia bagi membolehkan syarikat pelaburan strategik negara itu menandatangani perjanjian berkenaan dengan PSI pada 28 September 2009.
Hock Gee berkata, firma guaman itu memberikan khidmat nasihat ...