Blog

Lelaki ugut keluarga Harith Iskander dipenjara lima bulan

blank

KUALA LUMPUR: Hati ibu mana yang tidak terluka apabila mengetahui anak perempuannya dijadikan bahan ugutan oleh individu tidak dikenali. Rentetan itu, Dr. Jezamine Lim yang juga bekas isteri pelawak, Harith Iskander hanya mampu menangis apabila ditanya mengenai permohonan maaf seorang tukang rumah yang membuat ugutan tersebut. Melihat keadaan bekas isterinya yang juga pengurusnya, Harith memohon … Read More →

blank

Raja Muda Selangor Penaung Diraja Cabaran Golf Korporat Dunia

PETALING JAYA: Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah telah berkenan sebagai Penaung Diraja bagi kejohanan paling berprestij, Cabaran Golf Korporat Dunia (WCGC) Malaysia.

Dalam satu kenyataan, pihak WCGC Malaysia menzahirkan penghormatan atas penglibatan baginda, yang disifatkan sebagai satu detik bersejarah dalam penganjuran kejohanan ini.

Keberangkatan Tengku Amir Shah bukan sahaja memperkukuh reputasi WCGC Malaysia, malah menandakan satu lonjakan penting dalam usaha merapatkan hubungan antara pemimpin korporat, penaja, ikon sukan, dan selebriti dalam suasana golf ...

Read More →
blank

Siasatan telus dakwaan warga Indonesia mati ditembak – PM

IPOH: Malaysia beri jaminan akan menjalankan siasatan telus berhubung dakwaan seorang warga Indonesia terbunuh ditembak oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dalam kejadian pada 24 Januari lalu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, siasatan akan dibuat sebaik-baiknya supaya tidak menggugat hubungan sahabat antara Malaysia dan Indonesia.

“Saya beri jaminan, siasatan kita akan cukup rapi dan telus dengan tidak cuba melindungi sesiapa. Saya telah minta laporan siasatan awal disampaikan kepada kedutaan Indonesia,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap dalam Jamuan Teh Rakyat ...

Read More →
blank

Pengguna BNPL culas bayar hutang berdepan senarai hitam

blank

blank

PETALING JAYA: Seramai 2.9 juta pengguna perkhidmatan ‘Beli Sekarang, Bayar Kemudian (BNPL) yang semakin popular di Malaysia terdiri dalam peringkat usia belia dan pertengahan. Lembaga Pemantauan Kredit Pengguna (CCOB) mendedahkan daripada 3.7 juta pengguna aktif BNPL, 44 peratus pengguna dalam lingkungan usia 21 hingga 30 tahun dan 47 peratus dalam kalangan peringkat umur 31 hingga … Read More →

blank

Bersatu mula jelajah negeri adakan PRN 

blank

blank

MELAKA: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) memulakan jelajah ke negeri-negeri yang bakal berdepan Pilihan Raya Negeri (PRN) bermula di Melaka. Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata,  jelajah di Melaka hari ini bagi mendengar taklimat awal berkaitan persiapan PRN Melaka yang dijangka diadakan pada tahun depan. “Kita telah mulakan kerja-kerja  memperlengkapkan parti Bersatu dengan barisan kepimpinan … Read More →

blank

Public Bank tawar bantuan bayaran balik pinjaman untuk pelanggan terjejas banjir di Sabah, Sarawak

PETALING JAYA: Public Bank dan Public Islamic Bank menawarkan bantuan bayaran balik untuk pelanggan pinjaman dan pembiayaan yang terjejas oleh bencana banjir di Sabah dan Sarawak pada masa ini.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Public Bank, Tan Sri Dr. Tay Ah Lek berkata, “Public Bank terus komited untuk meringankan beban kewangan pelanggan kami yang terjejas oleh banjir. Bantuan bayaran balik yang komprehensif dan perkhidmatan lain yang ditawarkan oleh Public Bank akan membantu mereka meneruskan semula kehidupan harian mereka.”

Bantuan bayaran balik ...

Read More →
blank

Budak lemas mandi ketika air pasang di Pantai Kandis

BACHOK: Kegembiraan empat kanak-kanak mandi-manda di Pantai Kandis di sini, petang ini berakhir tragedi apabila salah seorang daripada mereka lemas akibat dihanyutkan ombak.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6 petang itu, mangsa, Ahmad Ammar Rafaeil Ahmad Ridtauden, 8, dijumpai selepas 45 minit lemas di pantai tersebut.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Bachok, Yusri Mat Ghani berkata, siasatan awal mendapati, kejadian berlaku semasa mereka mandi di pantai tersebut dalam keadaan air  pasang.

“Tiga daripada empat kanak-kanak itu sempat menyelamatkan diri ke kawasan tepi ...

Read More →
blank

“Along Lebih Tahu Saya Macam Mana”

Kenyataan Along Cham baru-baru ini mengenai keguguran isterinya seolah memberi bayangan seolah Afreena bukan menghamilkan anaknya sekaligus menimbulkan persoalan netizen.

Memetik mStar Online, Afreena bagaimanapun menafikan dakwaan dia berlaku curang sepanjang perkahwinan dengan pelawak itu dan  Along mengenali dirinya.

BACA: “Saya Doa, Kalau Kandungan Itu Zuriat Saya Kekalkan, Jika Sebaliknya Keluarkan”

“Astaghfirullah, awak suami saya. Awak lebih tahu saya macam mana. Ada pula (netizen) yang kata saya curang tetapi saya bukanlah seperti apa yang mereka fikirkan. Along ...

Read More →
blank

Projek Pembentungan Papan Pakej 1 siap awal

IPOH: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim melawat Projek Loji Rawatan Kumbahan Serantau dan Rangkaian Paip Pembentungan di Papan, Daerah Kinta, Perak Pakej 1 di sini hari ini.

Projek yang menelan kos sebanyak RM811 juta itu siap sepenuhnya awal dari tarikh asal.

Anwar turut menyaksikan majlis  penyerahan Sijil Perakuan Siap Projek Pembentungan Papan Pakej 1 oleh Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Pembentungan (JPP), Ir. Wan Abd Rahim Wan Abdullah kepada Pengarah Urusan Mangkubumi Sdn. Bhd., Tan Sri Ir. Zainudin Karjan.

Menurut Wan Abd ...

Read More →
Page 397 of 1,952 «...370380390395396397398399...»

Kami telah pindah ke website baru. Sila layari https://ibsfocus.my

X