ISTANBUL: Gempa bumi kuat dengan magnitud 6.2 melanda Laut Marmara berhampiran kawasan barat Istanbul, menurut pihak berkuasa.
Gegaran dirasai di seluruh bandar terbesar Turkiye itu, menyebabkan orang ramai panik dan bergegas keluar ke jalan.
“Mengikut maklumat, gempa bumi bermagnitud 6.2 berlaku di Silivri, Laut Marmara, Istanbul,” kata Menteri Dalam Negeri, Ali Yerlikaya dalam satu hantaran di X, sambil menambah bahawa gegaran turut dirasai di wilayah-wilayah sekitarnya.
Gempa utama berlaku pada pukul 12.49 tengah hari (waktu tempatan) diikuti tiga lagi gegaran susulan dengan ...