PETALING JAYA: Pengendali baharu Harimau Malaya, Peter Cklamovski perlu diberikan peluang untuk membuktikan kemampuan dirinya walaupun tidak pernah membimbing mana-mana pasukan negara sebagai ketua jurulatih.
Pandangan itu disuarakan pemerhati bola sepak tempatan, Prof. Madya Dr. Zulakbal Abd Karim, apabila ditanya mengenai susuk tubuh jurulatih dari Australia itu.
Jelasnya, jika melihat latar belakang beliau, Malaysia menjadi pasukan pertama memberi kepercayaan kepadanya sebagai ketua jurulatih skuad senior walaupun Cklamovski pernah bekerjasama dengan pengurus Tottenham Hotspur, Ange Postecoglou sebagai penolong pada 2014 hingga 2017.
Bagaimanapun, ...