KANGAR: Biarpun hidup dalam keadaan serba kekurangan dan diuji dengan pelbagai dugaan, namun tidak menghalang Adib Azrif Norazamze,18,anak seorang penjaga setor baja memperoleh keputusan cemerlang 9A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 yang diumumkan semalam.
Kejayaan membanggakan itu menyaksikan dia menjadi antara pelajar cemerlang dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Derma, di sini.
Adib Azrif berkata, dia sememangnya tidak menyangka meraih keputusan cemerlang itu memandangkan sewaktu peperiksaan berkenaan, mereka sekeluarga berdepan pelbagai dugaan khususnya apabila ayahnya, Noramzamze Teh, 47, terlibat dalam kemalangan ...