JOHOR BAHRU : Gara-gara mengelak babi hutan melintas, seorang remaja maut manakala rakannya cedera selepas motosikal dinaiki dilanggar sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) di Jalan Sungai Tiram, Bandar Tiram, di sini hari ini.
Dalam kejadian pada pukul 3.30 pagi itu, pembonceng motosikal jenis Demak EX 90 itu meninggal dunia di tempat kejadian.
Ketua Polis Daerah Seri Alam, Asisten Komisioner Mohd. Sohaimi Ishak berkata, kemalangan tersebut berlaku semasa sebuah Toyota Avanza dipandu seorang lelaki berusia 34 tahun memandu dari arah Jalan Sungai ...