Blog

Empat dekad ‘pentas’ kehidupan Jo Kukathas

JO Kukathas bukan nama asing dalam dunia teater tempatan bahkan penggiat pementasan berusia 62 tahun ini dipandang tinggi kerana pencapaian dan karyanya.

Empat dekad bergelar pelakon, penulis, pengarah dan aktivis teater, pelbagai kejayaan dalam dan luar negara telah diraih beliau sepanjang tempoh tersebut.

Pelbagai anugerah dan penghargaan diterima beliau sepanjang bergelar anak wayang. Antaranya dinobat pelakon terbaik, penulis skrip terbaik dalam Anugerah Seni Cameronian.

Namanya turut dikenali dalam kalangan penggiat teater Singapura apabila menjadi antara anak Malaysia yang menggondol banyak anugerah dalam ...

Read More →

Wanita conteng patung dengan gincu dipenjara 14 tahun di Brazil

BRASILIA: Seorang wanita yang menconteng sebuah patung menggunakan gincu semasa rusuhan di ibu negara Brazil tahun lalu dikenakan hukuman penjara selama 14 tahun.

Debora Rodrigues, 29, didapati bersalah kerana terlibat dalam organisasi jenayah yang bertujuan menggulingkan kerajaan serta menghapuskan pemerintahan berlandaskan undang-undang demokrasi.

Rodrigues antara ratusan penyokong bekas Presiden Jair Bolsonaro yang menyerang bangunan kerajaan pada Januari tahun 2023 susulan kekalahan beliau dalam pilihan raya tahun sebelumnya.

Hakim Cristiano Zanin, salah seorang daripada panel lima hakim yang mendengar kes berkenaan, menegaskan Rodrigues ...

Read More →
blank

Sultan Mizan mahu pegawai tingkat kecekapan urus pentadbiran  

KUALA TERENGGANU: Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin menitahkan semua pegawai kerajaan supaya meningkatkan kecekapan mereka dalam urusan pentadbiran supaya hasil negeri dapat ditingkatkan secara mampan.

Baginda bertitah, pegawai yang cekap, berilmu dan berkemahiran tinggi mampu melaksanakan tugas dengan penuh berkesan termasuk merancang strategi kutipan hasil, mengurus sumber negeri secara optimum serta memastikan penguatkuasaan undang-undang dilaksanakan dengan tegas dan saksama.

“Seiring dengan perkembangan semasa, beta melihat bahawa penguasaan dalam bidang pengurusan strategik, korporat, kewangan antarabangsa, ...

Read More →
blank

Kluster Wabak Misteri Dikesan Di Yan, Pelajar Sekolah Antara Yang Terkesan – “Alami Lepuh, Muntah & Cirit Birit”

Sebuah kluster penyakit berjangkit yang belum dikenal pasti mula dikesan menular dalam kalangan pelajar dan kakitangan sebuah sekolah menengah di Yan, Kedah, baru-baru ini, memetik The Star.

Semua pusat kesihatan di negeri tersebut telah diarahkan untuk meningkatkan langkah berjaga-jaga, khususnya terhadap pesakit yang menunjukkan simptom seperti demam, batuk, lepuh, muntah, cirit-birit dan ruam.

Daerah yan Read More →

blank

Kerjasama UMNO-PH akan dibincang dalam mesyuarat MKT UMNO

KUALA LUMPUR: Kerjasama antara UMNO dan Pakatan Harapan (PH) bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang dijangka dibincangkan dalam mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO dalam masa terdekat. 

MKT UMNO, Datuk Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, setakat ini, tiada keputusan rasmi mengenai kerjasama tersebut, namun isu ini dijangka dibincangkan dalam mesyuarat yang akan datang.

“Kita tiada sebarang keputusan (lagi setakat ini). Saya yakin perkara ini akan diputuskan dalam mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi ...

Read More →
blank

Saksi utama skandal seks Jeffrey Epstein meninggal dunia

PERTH: Seorang daripada saksi utama dalam pendedahan skandal jenayah seksual melibatkan jutawan pedofilia, Jeffrey Epstein iaitu Virginia Giuffre, dilaporkan meninggal dunia di Australia, menurut kenyataan keluarganya pada Jumaat.

Giuffre, 41, yang berasal dari Amerika Syarikat (AS), dilaporkan meninggal dunia akibat mengambil nyawanya sendiri di ladang miliknya di Australia Barat.

Nama Giuffre kekal sinonim dengan siri skandal membabitkan Epstein dan rangkaiannya, selepas beliau tampil mendedahkan kegiatan pemerdagangan manusia dan eksploitasi seksual terhadap gadis-gadis muda.

Antara gambar yang menjadi simbol kepada skandal itu ialah ...

Read More →
blank

Hamas sedia terima gencatan senjata lima tahun, bebaskan semua tebusan serentak

KAHERAH: Hamas bersediamenamatkan perang di Semenanjung Gaza yang melibatkan pembebasan semua tebusan serta jaminan gencatan senjata selama lima tahun, kata seorang pegawai kumpulan itu pada Sabtu ketika rundingan dengan perantara diteruskan.

Delegasi Hamas kini berada di sini bagi berbincang dengan perantara Mesir berhubung penyelesaian kepada perang yang telah berlarutan selama 18 bulan.

Sementara itu, di lapangan, pasukan penyelamat melaporkan serangan udara Israel mengorbankan sekurang-kurangnya 35 orang.

Hampir lapan minggu selepas sekatan bantuan oleh Israel, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memberi amaran bekalan makanan ...

Read More →
blank

Dilabel geng Wahabi, Erma Fatima tidak gentar

KUALA LUMPUR : Menjadi sasaran sesetengah pihak yang taksub dengan pandangan sendiri, pengarah dan penerbit terkemuka tanah air, Erma Fatima mengakui tidak gentar dengan ‘serangan’ pelbagai penjuru yang diterimanya sejak drama Bidaah menjadi tular sehingga ke Indonesia.

Tidak terkejut apabila ada yang melabel dirinya sebagai geng wahabi, Erma mengakui tidak gentar dengan ejekan dan gelaran seperti itu.

“Selagi aku mentauhidkan Allah, aku tidak gentar dengan label dan ‘jenama’ yang anda berikan.

“Kerana kalau Allah berkehendak, dengan satu malaikat pun mampu ...

Read More →
blank

Permohonan penduduk Kg. Melayu Majidee tukar status tanah perlu dipertimbangkan

JOHOR BAHRU: Permohonan penduduk Kampung Melayu Majidee, di sini menukar status Tanah Rizab Melayu (TRM) pajakan negeri 99 tahun kepada hak milik kekal wajar diberikan pertimbangan.

Ahli Parlimen Johor Bahru, Akmal Nasrullah Mohd. Nasir berkata, ini mengambil kira kepentingan dan kedudukan Kampung Melayu Majidee yang berada di bandar raya Johor Bahru.

“Sebab itu, perkara ini perlu diberikan perhatian sewajarnya agar kerajaan negeri dapat mencari formula yang membolehkan kebajikan dan kependudukan orang asal atau pemilik tanah ...

Read More →
Page 378 of 2,297 «...350360370376377378379380...»

Kami telah pindah ke website baru. Sila layari https://ibsfocus.my

X