MELAKA: Kekalahan Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning, semalam tidak menjejaskan peluang parti itu untuk menang pada Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU-16) kelak.
Sebaliknya, kata Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Hamzah Zainuddin, kekalahan tersebut menampakkan ruang dan peluang untuk PN mengukuhkan kedudukan dan mendapat lebih undian pada pilihan raya itu nanti.
Menurutnya, dalam mana-mana PRK, kelebihan banyak memihak kepada calon dari pihak kerajaan kerana mereka menggunakan semua jentera daripada ...