KUALA LUMPUR: JIBRIL Restaurant Group (JIBRIL), rangkaian restoran tempatan yang terkenal dengan konsep restoran tersembunyi dan menu barat halal, menyambut ulang tahun ke-10 operasi dengan memperoleh pengiktirafan halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas JIBRIL, Akmyr Ahmad Azwan Abdul Kadir berkata, pensijilan halal yang diterima baru-baru ini membuka lembaran baharu dalam perjalanan perniagaan mereka, sekali gus meningkatkan keyakinan pelanggan terhadap jenama tersebut.
“Bermula dari satu outlet kecil di SS15 Subang Jaya ketika saya masih menuntut di ...