DUNGUN: Seorang wanita yang cedera ketika mendaki Air Terjun Langsir, Gunung Chemerong, Hulu Dungun, di sini, terpaksa dibawa turun menggunakan bantuan helikopter, petang semalam.
Mangsa yang berusia 37 tahun itu dibawa turun dari kawasan gunung itu oleh pasukan penyelamat kira-kira pukul 6.43 petang.
Pegawai Bahagian Operasi dan Penyelamat Jabatan Bomba Dan Penyelamat Terengganu, Kasyfi Syahmi Ghazali berkata, difahamkan sebelum kejadian, mangsa bersama 20 lagi rakannya memulakan pendakian sejak Sabtu lalu dan dijadual turun petang semalam.