JERANTUT: Cabaran meredah kawasan laluan bertingkat dan berbatu dikenali sebagai jeram Sungai Tembeling menjadi tarikan kepada pelancong asing untuk melakukan aktiviti rekreasi dan riadah di Taman Negara dan Ulu Tembeling di sini.
Terdapat enam jeram di laluan sejauh kira-kira 100 kilometer bermula dari Jeram Perahu, Ulu Tembeling ke Kuala Tembeling yang memang dikenali bukan sahaja sebagai aktiviti rekreasi tetapi wujud kesan sejarah di situ.
Selain Jeram Perahu, jeram lain ialah Jeram Ampai, Jeram Dedari, Jeram Panjang, Jeram Nusa dan Jeram Terenggan ...