PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) menerusi Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Kuala Muda, Kedah mengesan kluster
Influenza-Like-Ilness (ILI) dalam kalangan pelajar institusi pendidikan di daerah itu pada 23 April lalu.
KKM dalam kenyataan memaklumkan, kluster itu melibatkan 28 kes daripada 158 pelajar yang terdedah dengan kadar serangan sebanyak 17.7 peratus.
“Enam daripada 28 kes disahkan positif Influenza A dan dirawat di Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani yang mana mereka telah dibenarkan pulang ke rumah.
“Manakala 22 pelajar yang bergejala ILI pula telah menerima ...