SEREMBAN: Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (PVATM) kini menembusi bidang perniagaan keterjaminan makanan dan perhotelan sebagai usaha menjana pendapatan persatuan yang seterusnya keuntungan disalurkan untuk kebajikan ahlinya.
Presiden PVATM, Datuk Sharuddin Omar berkata, pihaknya telah mengambil inisiatif dengan mewujudkan pusat jualan ayam segar di Paroi di sini sejak tiga bulan lalu.
“Setakat ini pasaran kami sekitar Johor, Melaka, Negeri Sembilan dan Selangor serta akan datang di seluruh negara dan ayam segar yang dijual adalah pada harga RM7.50 sekilogram,” katanya kepada pemberita ...