KAJANG: Kementerian Kesihatan (KKM) telah mengeluarkan sebanyak 43,455 notis berkaitan Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 (Akta 852) kesalahan larangan pameran produk merokok.
Pengarah Bahagian Perkembangan Kesihatan Awam, Dr. Zulhizzam Abdullah berkata, kesemua notis itu telah dikeluarkan sejak penguatkuasaan bermula iaitu dari 1 Oktober 2024 hingga 20 April lalu.
“Sehingga 20 April sebanyak 338 notis peringatan telah dikeluarkan kepada premis jualan yang belum melaksanakan pematuhan terhadap peraturan ini di seluruh negara,” katanya pada sidang akhbar selepas Operasi Penguatkuasaan Akta ...