GEORGE TOWN : Kadar pengangguran yang rendah iaitu sebanyak 2.2 peratus pada 2024 membuktikan bahawa pengukuhan pasaran buruh di Pulau Pinang adalah selaras dengan pertumbuhan ekonomi negeri yang mampan.
Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, kadar penyertaan tenaga buruh (KPTB) di Pulau Pinang juga kekal memberangsangkan iaitu pada kadar 73.2 peratus sekaligus menggambarkan keyakinan rakyat terhadap peluang pekerjaan di negeri ini.
“Hari Pekerja melambangkan solidariti dan ketahanan umat manusia dalam arus pembangunan ekonomi serta manusiawi.