Blog

Malaysia tumbang 3-2 kepada Jepun

PETALING JAYA: Skuad negara terpaksa akur dengan kekalahan 3-2 kepada Jepun dalam aksi terakhir Kumpulan C Piala Sudirman 2025 yang berlangsung di Gimnasium Fenghuang, Xiamen, China, sebentar tadi.

Malaysia bermula cemerlang apabila beregu campuran, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei menyumbang mata pertama selepas menewaskan beregu pecah ganding, Hiroki Midorikawa-Arisa Higashino 21-19, 21-18.

Perseorangan lelaki negara, Leong Jun Hao menggandakan kelebihan apabila mempamer aksi agresif untuk mengejutkan pilihan utama Jepun, Kodai Naraoka 21-8, 13-21, 21-18.

Namun Jepun bangkit mengutip mata pertama menerusi pemain ...

Read More →

Iran gantung lelaki jadi perisik untuk Israel

TEHERAN: Iran melaksanakan hukuman gantung terhadap Mohsen Langarneshin, seorang lelaki yang disabitkan kesalahan bekerjasama dengan agensi perisikan Israel, Mossad.

Hukuman itu dilaksanakan pada pagi Rabu, menurut laporan agensi berita rasmi Iran, Mizan.

Langarneshin didakwa memberikan sokongan logistik, teknikal, dan operasi kepada Mossad selama dua tahun bermula pada 2020.

Satu daripada tuduhan utama terhadapnya adalah penglibatannya dalam pembunuhan Kolonel Sayyad Khodai dari Pengawal Revolusi Islam (IRGC) pada Mei 2022.

Menurut laporan, Langarneshin membeli motosikal untuk menjejaki pergerakan Khodai dan memberikan maklumat tersebut kepada Mossad.

Dia ...

Read More →
blank

Dahi berlubang, murid darjah dua cedera langgar lari

MELAKA: Seorang murid perempuan darjah dua cedera parah di dahi manakala kakaknya luka di beberapa anggota badan akibat nahas langgar lari berhampiran Sekolah Kebangsaan (SK) Demang Hussin, Bukit Katil di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 1.30 petang itu, mangsa, Nur Qasyifa Hazlina Mohd. Hayider, 8, dan kakaknya, Nur Qarinah Hazirah Mohd. Hayider, 17, dikejarkan ke Hospital Melaka bagi mendapatkan rawatan. 

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, laporan dibuat oleh Nur ...

Read More →
blank

Industri penternakan ayam perlu diperbesar agar bekalan mencukupi

ALOR SETAR: Kerajaan disarankan untuk memperbesar industri penternakan ayam dan telur ayam di negara ini agar bekalannya mencukupi dan harga yang lebih kompetitif sepanjang masa.

Presiden Persatuan Pengguna Kedah (CAKE), Mohamad Yusrizal Yusoff berkata, kerajaan perlu memperhalusi tindakan selain daripada menarik subsidi semata-mata antaranya mewujudkan persaingan dan menguatkuasakan undang-undang manipulasi harga.

“Berkali-kali kita cadangkan supaya besarkan industri ayam dan telur ayam ini agar bekalannya mencukupi dan harga lebih kompetitif. Buat masa ini ada empat peringkat ...

Read More →
blank

Liga Mahasiswa desak tunai janji mansuh PTPTN

KUALA LUMPUR: Kumpulan mahasiswa menggunakan platform perarakan Hari Pekerja hari ini untuk menggesa kerajaan memansuhkan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan memperkenalkan bayaran minimum RM1,700 sebulan kepada pelatih industri.

Koordinator Liga Mahasiswa Malaysia, Alyaah Hani Anuar mendakwa, beberapa pimpinan kerajaan kini lupa kepada janji ketika mereka bergelar aktivis mahasiswa yang pernah menuntut pemansuhan PTPTN.

“Pemerintah hari ini yang dahulunya aktivis seperti kami pernah menuntut untuk memansuhkan PTPTN, namun mereka tidak pula bertindak sedemikian apabila ...

Read More →
blank

MCA berhak ungkit, tapi rakyat nilai keberkesanan

JOHOR BAHRU: MCA berhak mengungkit kerjasama antara Barisan Nasional (BN) dengan Pakatan Harapan (PH) menerusi Kerajaan Perpaduan, namun rakyat yang akan menilai keberkesanannya.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, kerjasama itu juga memberi peluang kepada BN untuk berada dalam kerajaan demi memberi khidmat kepada rakyat.

“MCA ada hak untuk ungkit  tetapi pada akhirnya rakyat yang tentukan sama ada parti itu wujud dan dapat sokongan atau tidak.

“Walau bagaimanapun, saya percaya perkara ...

Read More →
blank

122 persatuan veteran ATM disaran bergabung

JOHOR BAHRU: Semua persatuan veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) disaran bergabung bagi memastikan kebajikan ahlinya lebih terjaga.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, ketika ini terdapat 122 persatuan berkaitan dengan majoriti daripadanya tidak aktif.

“Kita tengok sekarang ini terlalu banyak persatuan, apabila bersara sahaja tubuh persatuan. Ada yang tidak aktif, hanya pada nama, ada jumlah ahli yang terlalu kecil dan tidak pernah mengadakan mesyuarat agung.

“Jadi, kita mahu susun semula agar persatuan ...

Read More →
blank

Anak kambing dua kepala lahir di Melaka

MELAKA: Seorang penternak kambing di Bukit Kechil, Pernu di sini dikejutkan dengan kelahiran seekor anak kambing berkepala dua semalam, sekali gus mencetuskan kejadian luar biasa yang pertama kali berlaku sepanjang lebih 20 tahun penglibatannya dalam bidang ternakan.

Pemilik ternakan, Abu Shah Hashim, 57, yang lebih mesra dikenali sebagai Pak Abu dalam kalangan penduduk kampung berkata, anak kambing itu merupakan baka black belly dan dilahirkan oleh induk yang sudah beberapa kali melahirkan anak sebelum ini.

“Selalunya, kambing betina ini akan lahirkan dua ...

Read More →
blank

Jualan Rahmah Terengganu jana lebih RM13 juta

HULU TERENGGANU: Program Jualan Rahmah Madani (PJRM) yang dilaksanakan di setiap parlimen di seluruh Terengganu sejak awal tahun ini, merekodkan hasil jualan melebihi RM13 juta setakat April lalu.

Pengarah Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara HidupTerengganu, Mohd. Musfi Lat berkata, pelaksanaan program tersebut memberi manfaat kepada lebih 314,500 pengunjung.

“Sehingga 29 Aprilnlalu, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Terengganu menganjurkan 314 siri PJRM di setiap parlimen seluruh Terengganu melibatkan tiga jenis model ...

Read More →
blank

JHEAIK siasat pendakwah terkenal isu solat dengan bunian

ALOR SETAR: Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kedah (JHEAIK) menjalankan siasatan terhadap pendakwah terkenal berhubung penularan videonya berkaitan solat Jumaat seorang ulama bersama bunian, baru-baru ini.

Pengarahnya, Datuk Abd. Ghani Zainudin berkata, pihaknya juga akan memanggil pendakwah berkenaan bagi mendapat penjelasan berhubung perkara itu. 

“Kita maklum tentang penularan video itu dan dakwaan pendakwah berkenaan tentang solat Jumaat bersama bunian yang didakwa dilakukan oleh seorang agamawan ketika hayatnya.

“JHEAIK akan mengkaji video tersebut dan akan ...

Read More →
Page 360 of 2,297 «...330340350358359360361362...»

Kami telah pindah ke website baru. Sila layari https://ibsfocus.my

X