Blog

ICQS sesak, rakyat Kelantan serbu Thailand sempena cuti Hari Pekerja

blank

RANTAU PANJANG: Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Rantau Panjang di sini kembali sesak apabila warga rakyat Kelantan memilih makan angin di Thailand sempena cuti Hari Pekerja dan hujung minggu. Tinjauan Utusan Malaysia semalam mendapati, kesesakan lalu lintas lebih satu kilometer itu berlaku seawal pukul 7 pagi yang mana situasi itu berbeza beberapa minggu … Read More →

blank

Pemilihan parti: Apa naratif PKR kali ini?

blank

blank

KUALA LUMPUR: Sewaktu PKR menjadi pembangkang, naratif melawan UMNO Barisan Nasional (BN) dan ‘menang besar’ kuat dimainkan sehingga berjaya mendapat sokongan di peringkat akar umbi parti serta sokongan rakyat. Naratif itu menyatukan pelbagai kem dalam parti, walaupun wujud perbezaan pendekatan dan personaliti dalamannya. Namun hari ini, apabila PKR sudah menjadi tulang belakang Kerajaan Perpaduan, naratif … Read More →

blank

Belum masa BN ketengah ‘poster boy’ PRN Sabah

blank

blank

JEMPOL: Belum sampai masanya lagi untuk Barisan Nasional (BN) mengetengahkan mana-mana individu atau pemimpin sebagai ‘poster boy’ bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah tidak lama lagi. Pengerusi BN, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid bagaimanapun berkata, beliau menghormati UMNO Sabah yang menamakan Datuk Seri Bung Moktar Radin sebagai wajah kempen utama BN atau ‘poster boy’ dalam … Read More →

blank

Fara Salleh Mohon Kerjasama Shuk, Mahu Anak Berbintikan Nama Bapanya

Isteri kepada Shuk Sahar iaitu Fara Salleh meminta pelawak itu agar memberikan kerjasama dalam urusan pendaftaran pernikahan mereka sebelum anak mereka lahir pada Jun depan.

Memetik mStar Online, Fara berkata jika perkara itu tidak diselesaikan anak yang bakal lahir itu tidak dapat berbintikan dengan nama Shuk.

BACA: Shuk Sahar Cerai Isteri Talak Satu Melalui Panggilan Telefon Di Siam

“Memang kami dah bercerai cuma sekarang saya dalam fasa mahu mendaftarkan perkahwinan kami di Malaysia.  Saya mahu anak saya ...

Read More →
blank

Intan Najuwa Borong 5 Troli Barang Dapur, Rumah Ramai Orang

Pelakon Datin Intan Najuwa berkongsikan dia akan membeli barangan dapur setiap dua minggu untuk seisi keluarga termasuk pembantu rumah serta pengasuh.

Menerusi perkongsian di Insta Story, Intan berkata setiap kali membeli barangan dapur pasti akan memborong sehingga lima troli dan rumahnya seperti ada kenduri.

BACA: “Nampak Singlet Terus Nampak Cheap” – Intan Najuwa Bidas Netizen

blank

“Kebiasaannya kita akan berakhir dengan empat ...

Read More →
blank

UMNO tepis mempersucikan DAP, Pas hilang modal

PETALING JAYA: Tuduhan bahawa UMNO kini mempersuci DAP merupakan satu naratif yang bukan sahaja tidak berasas, tetapi sangat ironi apabila datang daripada seorang yang pernah menjadi sahabat karib kepada parti itu suatu ketika dahulu. 

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Mohd. Razlan Muhammad Rafii berkata, sejarah tidak mudah padam begitu sahaja bagaimana Pas ketika berada dalam Pakatan Rakyat, bukan sahaja menyokong calon DAP di kawasan majoriti Melayu malah mengeluarkan arahan kepada ahli mereka mengundi parti itu atas ...

Read More →
blank

Terserempak buaya ‘singgah’ di Sungai Umbai

MELAKA : Seorang pemilik warung capati di Kampung Bukit Kechil, Pernu di sini tergamam apabila terserempak seekor buaya di tebing Sungai Umbai di  semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 12 tengah hari itu, Abu Shah Hashim, 57, atau lebih dikenali penduduk sebagai Pak Abu, sedang melakukan kerja memotong rumput di sekitar warung miliknya yang terletak kira-kira 20 meter dari lokasi reptilia itu muncul.

Menurutnya, kelibat buaya sepanjang kurang satu meter itu muncul secara tiba-tiba di permukaan ...

Read More →
blank

Burung belatuk ‘Thor’ serang 25 kenderaan di Massachusetts

ROCKPORT: Sebuah bandar di Massachusetts diserang seekor burung belatuk yang menyebabkan kerosakan kepada lebih 25 kenderaan.

Penduduk tempatan, Janelle Favaloro berjaya merakam gambar burung itu ketika mematuk sebuah kenderaan dengan paruhnya yang kuat seperti tukul.

“Kita ada perosak di kejiranan ini. Burung itu setinggi 45 hingga 60 sentimeter, berwarna hitam putih dengan ‘topi’ merah,” katanya di media sosial.

Burung itu dipercayai tertarik dengan pantulan imejnya sendiri pada cermin sisi dan tingkap kenderaan.

Ada penduduk mula membalut cermin sisi dengan plastik atau pakaian untuk ...

Read More →
blank

Lelaki ditemukan mati ditikam angkara cemburu

TAIPING: Seorang lelaki ditemukan mati dalam keadaan berlumuran darah akibat ditikam di sebuah ladang kelapa sawit di kawasan Simpang di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Mohamad Nasir Ismail berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada orang awam pada pukul 2.55 petang semalam mengenai penemuan mayat lelaki terbabit.

Menurutnya, sepasukan pegawai dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Taiping ke lokasi penemuan mayat.

Beliau berkata, polis menahan seorang suspek berusia 40 tahun tidak sampai 24 jam selepas kejadian.

“Hasil siasatan awal ...

Read More →
Page 359 of 2,298 «...330340350357358359360361...»

Kami telah pindah ke website baru. Sila layari https://ibsfocus.my

X