SABAK BERNAM: Kerajaan Selangor menjangkakan kos sehingga RM1 bilion bagi menaik taraf palung atau saluran termasuk pembinaan kolam takungan bagi meningkatkan aliran air di lebih 19,500 hektar sawah padi dari Tanjong Karang ke Sungai Besar.
Exco Infrastruktur dan Pertanian, Datuk Izham Hashim berkata, kos tersebut dijangka selepas pihaknya mengenal pasti lebih 80 hektar tanah bagi pembinaan kolam takungan tambahan serta saluran baharu.
Menurutnya, kos tersebut meningkat berbanding RM500 juta hingga RM600 juta sebelum ini selain ia perlu dilakukan bagi meningkatkan hasil ...