Blog

MCMC Berhak Siasat Aliff Ahmad, Mungkin Langgar Seksyen 233 – Peguam

Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (MCMC) mempunyai hak dan asas untuk menyiasat Aliff Ahmad dalam isu ‘scrut’ Nurul Izzah Anwar kerana nada dan gaya hantaran Facebook oleh pempengaruh itu mungkin melanggar Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Hal ini kerana Seksyen 233 melarang orang ramai mengguna Internet untuk mengganggu, mengaib, mengugut atau menyebar perkara jelik yang menyakitkan hati.

Read More →

16 pelajar MRSM JB keracunan makanan

JOHOR BAHRU : 16 orang pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Johor Bahru, di sini disyaki keracunan makanan setelah mengalami gejala muntah-muntah, cirit-birit dan demam.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Ling Tian Soon berkata, Pejabat Kesihatan Daerah Johor Bahru diarahkan untuk mengambil tindakan lanjut susulan menerima maklumat berhubung insiden itu, 2 petang tadi.

“16 pelajar yang mengalami gejala telah dihantar ke beberapa fasiliti kesihatan kerajaan dan swasta.

“Bahagian Keselamatn Makanan, Pejabat Kesihatan Daerah Johor Bahru sudah bergerak ke MRSM berkenaan ...

Read More →
blank

Harumanis: MPK terima lebih 30 permohonan permit sementara

ARAU: Majlis Perbandaran Kangar (MPK) menerima lebih 30 permohonan permit sementara daripada peniaga yang ingin menjual buah mempelam harumanis di tepi-tepi jalan utama sekitar Perlis pada tahun ini.

Yang Dipertuanya, Affendi Rajini Kanth berkata, tempoh permit sementara itu adalah bergantung kepada permohonan yang dibuat malah kelulusan akan diberikan kepada peniaga berkenaan sekiranya lokasi yang dipilih diakui selamat serta tidak menganggu lalu lintas.

Beliau berkata, MPK juga akan mendapatkan ulasan daripada agensi berkaitan terlebih dahulu sebelum permit sementara itu dikeluarkan kepada peniaga ...

Read More →
blank

Hati Sudah Dimiliki, Sabronzo Janji Tak Tinggalkan Dolla Kalau Kahwin

Penyanyi Sabronzo tidak menafikan malah mengiyakan ketika ini dia sedang menjalin hubungan dengan seorang DJ antarabangsa.

Memetik mStar Online, Sabronzo atau nama sebenarnya Wan Sabrina Rusli berkata dia lebih selesa untuk tidak terlalu terbuka mengenai soal peribadi.

BACA: Sabronzo Nafi Bercinta Dengan Ahli Politik

“Secara peribadi, saya memang lebih selesa untuk bersikap tertutup dalam hal-hal seperti ini. Bukan bermaksud saya mahu menyembunyikan sesuatu, tetapi itu adalah sesuatu yang saya mahu lindungi,” katanya.

Dalam pada itu, Dolla berkata di tidak ...

Read More →
blank

Khairul puas hati kuartet baru 4x100m

KUALA LUMPUR: Raja pecut Asia Tenggara, Khairul Hafiz Jantan, menyifatkan penampilan pertama kuartet baharu negara dalam acara 4×100 meter (m) di Kejohanan Olahraga Super Series Kuala Lumpur 2025 sebagai satu permulaan yang positif walaupun tanpa persediaan rapi.

Kuartet yang dibarisi Khairul Hafiz bersama Jonathan Nyepa, Pengiran Aidil Auf Hajam dan Muhammad Zulfiqar Ismail mencatat masa 40.55 saat (s), sekaligus menamatkan saingan di belakang dua pasukan elit dari Jerman.

Pasukan Jerman A yang diketuai Kevin Kranz, Owen Ansah, Yannick Wolf dan Lucas ...

Read More →
blank

Sokong keganasan, bekas PM Tunisia dipenjara 34 tahun

ISTANBUL: Bekas Perdana Menteri Tunisia merangkap Timbalan Ketua Pergerakan Ennahda, Ali Laarayedh dihukum penjara 34 tahun bagi pertuduhan berkaitan keganasan, lapor Agensi Anadolu (AA) hari ini.

Agensi berita rasmi Tunisia, TAP, yang memetik sumber kehakiman melaporkan, Ali bersama lapan tertuduh lain didakwa bagi kesalahan membantu penubuhan kumpulan pengganas, menyertai kumpulan berkenaan dalam negara serta memudahkan perjalanan belia Tunisia ke luar negara untuk menyertai kumpulan pengganas.

Kes berkenaan dikenali sebagai ‘perbicaraan pemerdagangan manusia’.

Kesemua tertuduh juga dihukum penjara antara 18 hingga 36 tahun ...

Read More →
blank

PBAPP sasar capai penjimatan air sebanyak 250 LKH

GEORGE TOWN : Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) menyasarkan untuk mencapai tahap penjimatan air domestik kepada 250 liter kapita sehari (LKH) tahun ini berbanding 261 LKH pada tahun lepas.

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, sasaran yang ditetapkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif PBAPP, Datuk Ir. K. Pathmanathan itu boleh dicapai jika kesemua penduduk Pulau Pinang mampu menggunakan air secara berhemah.

“Pernah suatu ketika, purata penggunaan air domestik di Pulau Pinang begitu tinggi sehingga mencapai 308 LKH. Namun, dengan pelbagai usaha ...

Read More →
blank

“Harga Telur Masih Berkuat Kuasa Hingga Keputusan Kerajaan Mengenai Pengapungan Harga Berlaku” – KPDN

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) mengesahkan bahawa harga kawalan telur ayam masih kekal berkuat kuasa seperti biasa, sehingga keputusan mengenai pengapungan harga yang dijadualkan pada 1 Ogos ini dibuat.

Memetik laporan Berita Harian, Ketua Pengarah Penguat Kuasa KPDN, Datuk Azman Adam, menafikan dakwaan bahawa harga telur ayam di pasaran sedang meningkat dan membebankan pengguna.

blank

Read More →
blank

“Kita Nantikan Tindakan Peguam Saya..” – Bonda Rozita Tampil Beri Respon Isu Dakwaan Lari Dari Bayar Kontraktor Rumah Mewah Di London

Sebelum ini, tular di media sosial mengenai dakwaan usahawan terkenal iaitu Bonda Rozita tidak membayar hutang kontraktor yang mengubah suai rumah mewahnya di London, United Kingdom.

Dakwaan tersebut kemudiannya mendapat perhatian Bonda Rozita dan menerusi akaun Instagramnya, dia telah memberi respon mengenai dakwaan tidak membayar hutang tersebut.

bonda rozita Read More →

blank

Pembinaan Dewan Besar Unimap siap Julai ini

ARAU: Pembinaan Dewan Besar Universiti Malaysia Perlis (Unimap) di sini yang kos bernilai RM12.6 juta dijangka siap sepenuhnya menjelang Julai ini.

Setakat 14 April lalu, pelaksanaan projek berkenaan telah mencapai tahap 80.03 peratus meliputi beberapa kerja pembinaan seperti blok dewan besar, pencawang elektrik, rumah sampah, rumah pam, tapak tangki pencegahan kebakaran dan chiller room. 

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, pembinaan dewan tersebut bakal menyaksikan Unimap selepas ini tidak perlu lagi menyewa ...

Read More →
Page 354 of 2,300 «...330340350352353354355356...»

Kami telah pindah ke website baru. Sila layari https://ibsfocus.my

X