BAITULMUQADDIS: Sayap bersenjata Hamas, Briged al-Qassam menyiarkan satu video menunjukkan seorang lelaki yang dipercayai tebusan Israel cedera dalam serangan udara di Gaza, pada Jumaat.
Dalam video selama empat minit yang tidak bertarikh dan belum dapat disahkan oleh AFP, tebusan berkenaan yang memakai pembalut di kepala dan lengan kiri, bercakap dalam bahasa Hebrew dan mendakwa dirinya cedera akibat pengeboman tentera Israel baru-baru ini.
AFP dan media Israel mengenal pasti mangsa sebagai Maxim Herkin, seorang warga Russia-Israel yang bakal menyambut ulang tahun ke-37 ...