Seorang lelaki dikenakan denda RM10,000 kerana memuat naik kandungan yang menyinggung perasaan berkenaan sentimen perkauman dan keagamaan berkaitan isu pekerja Menara Kuala Lumpur di TikTok pada 31 Mac lalu.
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dalam kenyataan semalam memaklumkan bahawa denda tersebut dikenakan kepada Mohamad Shafiq Abdul Halim selepas mendapat kelulusan tindakan kompaun daripada Jabatan Peguam Negara, lapor Malay Mail.
Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 [Akta 588], yang melarang penggunaan kemudahan atau ...