KUALA LUMPUR: Tiga sindiket pengedaran dadah tumpas dalam serbuan berasingan di sekitar Lembah Klang, dengan nilai keseluruhan rampasan dianggarkan mencecah RM16.01 juta.
Serbuan berasingan bermula 29 April hingga 6 Mei lalu dijalankan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman dan JSJN Kuala Lumpur hasil risikan serta maklumat awam.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd. Isa berkata, sindiket pertama dikesan beroperasi di sekitar Ampang, dengan dua lelaki termasuk seorang warga Filipina diberkas dalam serbuan ...