Blog

“Ego Level Dewa, Muka Sombong Sangat Tu” – Wajah Kieda Crepe Seperti Tidak Boleh Terima Teguran Raih Perhatian

Dapat dilihat di platform media sosial TikTok, usahawan sensasi iaitu Kieda Crepe telah ditegur dan diberi nasihat oleh seorang individu wanita ketika melakukan live bersama-sama.

Masuk telinga kanan, keluar telinga kiri

Bagaimanapun, rata-rata netizen merasakan wajah yang dipaparkan oleh Kieda sewaktu itu seolah-olah tidak dapat menerima nasihat yang diberikan oleh wanita tersebut.

Wanita yang dikenali sebagai Que itu menasihati Kieda untuk berfikir dahulu memuat naik atau membuat apa-apa di platform media sosial.