Blog

Asap klorin beracun cemar ruang udara Barcelona, ribuan diarah berkurung

MADRID: Pihak berkuasa Sepanyol mengarahkan lebih 160,000 penduduk di sekitar Barcelona untuk kekal berada di dalam rumah selepas satu kebakaran di sebuah gudang industri melepaskan asap klorin beracun di ruang udaranya.

Kebakaran tersebut berlaku pada awal pagi di bandar pesisir Vilanova i la Geltru di selatan Barcelona, di sebuah gudang yang menyimpan bahan pencuci kolam renang, menurut perkhidmatan bomba wilayah.

“Jika anda berada dalam zon yang terjejas, jangan keluar dari rumah atau tempat kerja anda,” kata Perkhidmatan Perlindungan Awam di media ...

Read More →

Gudang simpan cat, pelarut musnah dalam kebakaran

BUKIT MERTAJAM : Sebuah gudang menyimpan cat dan pelarut di Jalan Permatang Tinggi, Simpang Ampat di sini musnah dalam satu kejadian kebakaran, hari ini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri, Mohamad Shoki Hamzah berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu kira-kira pukul 1.11 petang sebelum menggerakkan sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bandar Perda ke lokasi kejadian.

“Sebaik sahaja sampai di sana, didapati kebakaran melibatkan sebuah gudang simpanan cat dan pelarut atau ‘solvent’ (kelas B) dengan ...

Read More →
blank

Kereta jatuh tali air, peniaga merangkak selamatkan diri

KOTA BHARU: Seorang peniaga donat terpaksa merangkak 2.5 meter selepas kereta yang dipandunya terbabas sebelum terbalik di dalam kawasan tali air kering di Kampung Derdap, dekat Limbat, di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 3.50 petang itu, wanita yang berusia 74 tahun itu tidak mengalami kecederaan.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Tumboh, Faizul Mohd. Fauzi berkata, siasatan awal mendapati, kejadian berlaku ketika warga emas terbabit memandu kereta jenis Proton Wira sedang dalam perjalanan pulang ke rumahnya selepas menjual ...

Read More →
blank

Kontinjen Pekak Melaka perlukan RM203,000 sertai SOPMA Sarawak

MELAKA: Kontinjen OKU Pekak Negeri Melaka yang dikendalikan Persatuan Sukan Orang Pekak Melaka (MELSDEAF) memerlukan dana sebanyak RM203,725.20 bagi membolehkan penyertaan mereka ke Temasya Sukan Orang Pekak Malaysia (SOPMA) Ke-22 di Kuching, Sarawak, Oktober ini.

Presidennya, Kamarzaman Harun berkata, jumlah itu merangkumi kos latihan pusat bagi lima jenis sukan sebanyak RM38,228 dan persiapan penghantaran kontinjen berjumlah RM165,497.20.

“Kami akan menghantar seramai 61 atlet dan pegawai untuk mewakili Melaka dalam lima acara iaitu futsal, tenpin boling, ...

Read More →
blank

Penunggang motosikal maut akibat kecuaian pemandu Maserati

ISKANDAR PUTERI: Seorang penunggang motosikal maut dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan di Kilometer 0.6 Lebuhraya Link Kedua, di sini petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7.00 malam itu, mangsa berusia 31 tahun itu mengalami kecederaan parah sebelum disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner M. Kumarasan berkata, kemalangan itu berpunca daripada tindakan pemandu Singapura yang membuat pusingan U di tempat tidak sepatutnya untuk ke republik itu.

Katanya, kereta ...

Read More →
blank

10 lelaki ditangkap kes tular pelajar sekolah dipukul beramai-ramai

SEREMBAN: Seramai 10 lelaki berusia 17 hingga 31 tahun berjaya ditangkap susulan kes tular seorang pelajar sekolah berusia 17 tahun dipukul beramai – ramai di beberapa lokasi di daerah ini, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohamad Hatta Che Din berkata, kesemua suspek berkenaan ditangkap hari ini dan di bawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) bagi siasatan.

Menurutnya, pihaknya kini sedang menjalankan siasatan lanjut berhubung kejadian rusuhan yang berlaku pada 9 ...

Read More →
blank

Sempat bersedekah sebelum maut dilanggar lori

KAMPAR: Lelaki warga emas yang maut dilanggar lori ketika perjalanan pulang dari masjid selepas solat Jumaat semalam, sempat menunaikan hajat bersedekah pisang yang pertama kali berbuah.

Rohaiza Mazlan 33, berkata, arwah bapanya itu membawa pisang berangan tersebut ke masjid untuk diagihkan kepada jemaah walaupun buah itu belum masak sepenuhnya.

“Pokok pisang yang abah tanam itu baru kali pertama mengeluarkan hasil, jadi dia memang sudah pasang niat untuk bawa ke masjid dan sedekah kepada orang.

“Bila kawan-kawannya tanya kenapa pisang itu belum masak, ...

Read More →
blank

Individu rentung dalam pacuan empat roda terbakar

SHAH ALAM: Seorang individu ditemukan dalam keadaan rentung selepas pacuan empat roda dinaikinya hangus dalam kejadian kebakaran dekat Jalan Batu Condong 27/44, Seksyen 27 di sini, awal pagi tadi.

Penolong Pengarah (Operasi) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata lelaki itu ditemukan dalam keadaan tersepit selepas kebakaran dipadamkan.

“Bomba menerima panggilan kecemasan pada pukul 4.43 pagi sebelum menggerakkan sepasukan enam pegawai dan anggota bersama sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Shah Alam ke tempat kejadian.

“Komander ...

Read More →
blank

Berdepan Hutang RM4.65 Juta, Fazura Tenang Live Jual Tudung & Sold Out

Sejak minggu lalu hangat diperkatakan mengenai dakwaan syarikat pelakon terkenal, Nur Fazura berhutang dengan sebuah syarikat bernilai RM4.65 juta.

Malah syarikat pembekal tudung berkenaan iaitu Obor Holding mendakwa mereka berdepan kesukaran untuk mengutip bayaran sejak Disember 2023.

BACA: Kilang Tudung Dakwa Syarikat Tudung Fazura Berhutang RM4.65 Juta

Meskipun hangat diperkatakan mengenai isu berkenaan, sehingga kini tiada lagi kenyataan daripada Fazura.

Malah, Fazura dilihat meneruskan kehidupan seperti biasa dan ada membuat siarang langsung ...

Read More →
blank

Sentuh 3R: MCMC siasat premis pempengaruh

PETALING JAYA: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menjalankan siasatan terhadap sebuah premis milik seorang pempengaruh yang dipercayai menerbitkan kandungan jelik menyentuh isu berkaitan agama, kaum dan institusi diraja (3R).

MCMC menerusi satu kenyataan berkata, kandungan jelik melampau itu dimuat naik menerusi platform Facebook dan disifatkan mempunyai unsur yang boleh mengancam keharmonian serta ketenteraman awam.

“Tindakan siasatan dilakukan selepas MCMC memperoleh waran geledah yang dikeluarkan Mahkamah Majistret Kuala Lumpur.

“Siasatan dijalankan di bawah Seksyen ...

Read More →
Page 325 of 2,301 «...300310320323324325326327...»

Kami telah pindah ke website baru. Sila layari https://ibsfocus.my

X