Blog

Malaysia gagal benam Thailand

KUALA LUMPUR: Harapan skuad negara untuk meraih kemenangan kedua dalam saingan Kumpulan B acara double Piala Asia Sepaktakraw ASTAF 2025 tidak kesampaian apabila tumpas di tangan musuh tradisi, Thailand 0-2 dalam perlawanan yang berlangsung sengit di Stadium Titiwangsa, sebentar tadi.

Malaysia yang menurunkan gandingan Muhammad Noraizat Mohd Nordin dan Aidil Aiman Azwawi terpaksa akur dengan kehebatan regu Thailand yang dibarisi Sirisak Anuloon dan Boonkom Tipwong apabila tewas straight set.

Pasukan Gajah Putih bermula garang dengan menampilkan aksi bertenaga untuk mencuri set ...

Read More →

Nurul Izzah mulakan kempen di Perak

IPOH: Nurul Izzah Anwar yang bertanding jawatan Timbalan Presiden PKR pada pemilihan parti memulakan kempen di Perak untuk mendekati ahli akar umbi di sini hari ini.

Kehadiran beliau pada program Temu Rapat Akar Umbi dihadiri kira-kira lebih 1,500 orang di sebuah hotel di sini bermula pada pukul 8 malam.

Semasa berucap, anak sulung Datuk Seri Anwar Ibrahim itu mengimbau detik awal beliau dalam politik termasuk tekanan yang dihadapinya sebaik sahaja bapanya disingkirkan daripada kerajaan dan UMNO.

Beliau turut menjelaskan telah lama bersama ...

Read More →
blank

Perlis Sentral imej baharu Perlis, dilengkapi kemudahan canggih, beri keselesaan

KANGAR: Terminal Pengangkutan Awam Perlis atau Perlis Sentral di Seriab yang dilengkapi dengan pelbagai kemudahan canggih bakal memberikan keselesaan dan kepuasan kepada pengguna sekali gus memberikan imej baharu buat negeri ini.

Terminal baharu tersebut menggantikan terminal bas Bukit Lagi di sini yang beroperasi sejak lebih 20 tahun lalu.

Ia dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti kaunter tiket yang beroperasi secara dalam talian dengan kemudahan seperti pembayaran tanpa tunai atau cashless di samping enam platform masing-masing membabitkan pelepasan serta ketibaan.

Selain itu, terdapat juga ...

Read More →
blank

Nurul Izzah perlu bersedia jadi panglima perang jika menang

SERI KEMBANGAN: Calon Timbalan Presiden PKR 2025-2028, Nurul Izzah Anwar perlu bersedia menggalas tanggungjawab besar sekiranya berjaya memenangi jawatan itu.

Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Rafizi Ramli berkata, ketika ini ia bukan isu tawaran sebagai calon tetapi tanggungjawab yang mampu digalas sebaik sahaja memenanginya.

Jelasnya, beliau tidak mempunyai masalah sekiranya Nurul Izzah mampu menggalas tugas itu sebagai ‘panglima perang’ yang ‘keras’.

“Kalau Izzah menjadi Timbalan Presiden selepas ini, dia kena galas tanggungjawab menjadi ‘kaki pukul’ melawan ‘walaun’. Saya tiada masalah kalau orang ...

Read More →
blank

Hakim Danish terus catat podium di Le Mans

PETALING JAYA: Pelumba muda negara, Hakim Danish Ramli sekali lagi menamatkan saingan di kedudukan kedua, tetapi, kali ini dia terpaksa berpuas hati dengan keputusan itu selepas Perlumbaan 1, Piala RedBull MotoGP Rookies terpaksa ditamatkan lebih awal ekoran insiden kemalangan di Litar Le Mans, Perancis, tengah malam tadi (waktu Malaysia).

Anak jati Kuala Terengganu itu mencatat masa 17 minit 32.304 saat (s) untuk muncul sebagai naib juara, manakala, pencabar terdekatnya, Brian Uriarte dari Sepanyol menjuarai perlumbaan selepas melakar masa terpantas 17:31.903s.

Tempat ...

Read More →
blank

Rafizi letak jawatan menteri jika tewas Timbalan Presiden PKR

SERI KEMBANGAN: Penyandang Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Rafizi Ramli bersedia untuk meletakkan jawatannya dalam Kabinet jika gagal mempertahan jawatannya dalam pemilihan PKR pada 24 Mei ini.

Beliau yang juga Menteri Ekonomi berkata, beliau akan mempunyai lebih masa selain bebas bersuara dalam pelbagai isu.

“Kalau saya kalah saya letak jawatan dan jadi ahli parlimen biasa, saya bersyukur kerana ada hikmah beberapa perkara. Saya tidak dibebankan dengan tugas menjadi menteri.

“(Pertama) teruk (susah) tahu jadi menteri. ...

Read More →
blank

Nurul Izzah tidak boleh lari persepsi nepotisme

SERI KEMBANGAN: Tanggapan nepotisme oleh orang ramai terhadap anak Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar adalah satu perkara yang tidak dapat dielakkan.

Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Rafizi Ramli berkata, beliau percaya bahawa Nurul Izzah mempunyai hujah tersendiri selepas beliau bertanding untuk jawatan kedua tertinggi itu.

“Apabila Izzah bertanding kerusi Timbalan Presiden, maka kita tidak boleh lari dari isu nepotisme kerana masing-masing akan ada hujah sendiri.

“Justeru, terpulang kepada Nurul Izzah untuk berhujah. Saya tidak ...

Read More →
blank

Pertandingan karom ala kampung meriah

KANGAR: Pertandingan karom ala kampung di Kampung Lubok Merbau, Pedu berlangsung meriah dengan penyertaan lebih 50 peserta.

Tempat pertama menerima hadiah wang tunai RM500, tempat kedua RM300 dan tempat ketiga, RM200 serta keempat menerima hadiah wang tunai RM100 selain hadiah saguhati berupa sumbangan hamper kepada semua peserta.

Hadiah kepada para pemenang disampaikan oleh Timbalan Dekan Ghazali Shafie Graduate School Of Goverment (GSGSG) Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof. Madya Dr. Kamarul Azman Khamis yang juga penganjur pertandingan berkenaan.

“Pertandingan tersebut bertujuan mengeratkan lagi ...

Read More →
blank

India, Pakistan setuju laksana gencatan senjata penuh

blank

blank

KARACHI: India dan Pakistan bersetuju melaksanakan gencatan senjata hari ini dengan kedua-dua negara mengesahkan ia berkuatkuasa pukul 5 petang waktu tempatan. Barisan tertinggi kedua-dua negara itu juga bersetuju mengadakan rundingan pada tengah hari Isnin. “India dan Pakistan akhirnya mencapai persetujuan untuk menghentikan semua serangan dan tindakan ketenteraan. “India sekali lagi menegaskan negara kami tidak sama … Read More →

blank

Skuad Kuadran negara tempah slot separuh akhir

KUALA LUMPUR: Skuad kuadran negara meneruskan aksi cemerlang dalam saingan Piala Asia Sepaktakraw ASTAF 2025 apabila mencatat kemenangan kedua berturut-turut membelasah Filipina 2-1 dalam aksi Kumpulan B di Stadium Titiwangsa, sebentar tadi.

Dalam perlawanan itu, barisan negara yang dibarisi Amirul Zazwan Amir, Norfaizzul Abd Razak, Muhammad Shahalril Aiman Halim dan Muhammad Afifuddin Mohd Razali tidak berdepan masalah mengekang regu lawan untuk mencatat kemenangan selesa.

Malaysia menguasai set pertama dengan corak permainan kemas dan bertenaga apabila menundukkan Filipina 15-6, sekali gus mengulangi ...

Read More →
Page 324 of 2,302 «...300310320322323324325326...»

Kami telah pindah ke website baru. Sila layari https://ibsfocus.my

X