GERIK: Rakaman video memaparkan seekor gajah betina setia berada di sebelah lori yang dipercayai melanggar mati seekor anak gajah di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) Gerik-Jeli di sini hari ini, mengundang reaksi sebak orang ramai.
Video berdurasi satu minit 11 saat yang tular di media sosial itu menunjukkan kemalangan membabitkan lori muatan ayam di mana seekor anak gajah terperosok di bawah kenderaan tersebut.
Difahamkan, nahas yang berlaku sekitar pukul 2 pagi itu tidak menyebabkan kecederaan atau kemalangan jiwa.
Seorang pengguna media sosial dengan ...