Blog

FDA lulus kit saringan ganti ujian pap smear

WASHINGTON: Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan Amerika Syarikat (FDA) meluluskan alat saringan kanser serviks pertama untuk kegunaan di rumah sebagai alternatif kepada ujian pap smear yang biasanya dilakukan oleh pakar ginekologi.

Alat dinamakan Teal Wand itu merupakan swab faraj yang direka berbentuk seperti tampon dan dibangunkan oleh syarikat Teal Health. 

Ia akan ditawarkan secara dalam talian kepada individu berumur antara 25 hingga 65 tahun yang berisiko sederhana terhadap kanser serviks.

Pengguna boleh memohon kit secara ...

Read More →

China lancar hospital AI pertama dunia

BEIJING: China melancarkan hospital pertama di dunia yang dikendalikan sepenuhnya oleh teknologi kecerdasan buatan (AI), sekali gus mencetus perubahan radikal dalam masa depan penjagaan kesihatan global.

Dibangunkan oleh Universiti Tsinghua di Beijing, hospital berkenaan menampilkan 14 doktor dan empat jururawat AI yang boleh mendiagnosis, merawat dan mengurus sehingga 3,000 pesakit setiap hari, tanpa sebarang kakitangan manusia.

Hospital tersebut menggunakan model bahasa besar multimodal (MLLM) untuk mensimulasikan interaksi masa nyata dengan pesakit, mengendalikan diagnosis, menetapkan rawatan ...

Read More →
blank

Video anak gajah mati dilanggar lori di Gerik undang sebak

GERIK: Rakaman video memaparkan seekor gajah betina setia berada di sebelah lori yang dipercayai melanggar mati seekor anak gajah di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) Gerik-Jeli di sini hari ini, mengundang reaksi sebak orang ramai.

Video berdurasi satu minit 11 saat yang tular di media sosial itu menunjukkan kemalangan membabitkan lori muatan ayam di mana seekor anak gajah terperosok di bawah kenderaan tersebut.

Difahamkan, nahas yang berlaku sekitar pukul 2 pagi itu tidak menyebabkan kecederaan atau kemalangan jiwa.

Seorang pengguna media sosial dengan ...

Read More →
blank

Sheinbaum saman Google tukar nama Teluk Mexico

MEXICO CITY: Presiden Mexico, Claudia Sheinbaum mengumumkan kerajaan beliau memfailkan saman terhadap Google kerana menukar nama Teluk Mexico kepada Teluk Amerika pada peta di platform syarikat itu.

Sheinbaum dalam sidang media di Istana Negara Mexico City berkata, kerajaannya sudah memberi amaran kepada Google mengenai isu tersebut, namun tidak menerima sebarang tindakan balas yang memuaskan.

“Google telah pun disaman. Keputusan awal sudah dikeluarkan, dan kami kini menunggu hasil sepenuhnya,” katanya.

Beliau menjelaskan, Mexico tidak membantah ...

Read More →
blank

Guru pemacu reformasi pendidikan – Utusan Malaysia

Pada 16 Mei ini, kita akan menyambut Hari Guru sebagai tanda pengiktirafan dan terima kasih kepada pengorbanan pendidik di seluruh negara. Guru ialah individu yang mendidik, membimbing, dan membentuk insan dari segi intelek, sahsiah, dan nilai kehidupan. Dalam konteks Islam, guru dikenali sebagai murabbi, muallim, mursyid, dan muaddib, masing-masing merujuk kepada peranan yang lebih holistik dan mendalam.

Menurut Imam Al-Ghazali, “Guru bukan sahaja menyampaikan ilmu, tetapi juga memimpin jiwa murid ke arah kebaikan dan mengenal Tuhan.” Manakala ahli pendidikan barat, ...

Read More →
blank

Rifdean sasar kontrak ONE Championship

PETALING JAYA: Atlet Muay Thai negara, Rifdean Masdor mensasarkan kontrak ONE Championship bernilai US$100,000 (RM429,900) dalam pertarungan seterusnya.

Kelmarin, Rifdean mencipta sensasi selepas melakar kemenangan Technical Knockout (TKO) ke atas lawannya dari Laos, Nongbia LaoLaneXang dalam masa hanya 47 saat.

Kemenangan tersebut merupakan yang ketiga daripada empat penampilan Rifdean di ONE Championship, sekali gus menjadi antara petarung muda yang menyerlah di pentas itu.

“Ramai yang tanya kenapa tiada bonus, saya sendiri pun tak tahu. Mungkin belum rezeki dan Insya-Allah akan datang mungkin ...

Read More →
blank

Saya macam mewakili kaum lelaki pula

“Memang gila! Kerana Budin, ramai betul peminat saya. Bukan perempuan, tetapi kaum lelaki!”

Besar nada tidak percaya pelakon, Kamal Adli, apabila membuka bicara mengenai watak Budin, lelaki yang dilakonkannya dalam naskhah drama Dia Imamku arahan Feroz Kader dan ditulis oleh

Wan Mahani Wan Hassan itu. Baginya, dalam lambakan drama yang pernah dilakonkan olehnya sebelum ini, entah mengapa baru kali inilah fenomena luar biasa itu terpalit kepadanya.

Bayangkan, betapa hebatnya penangan Budin, jumlah pengikutnya di media sosial juga mendadak meningkat.

Itu belum lagi jika ...

Read More →
blank

India bantah IMF lulus bayaran AS$1b kepada Pakistan 

WASHINGTON: India membantah tindakan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) meluluskan semakan program pinjaman untuk Pakistan yang membuka jalan kepada pembayaran dana berjumlah kira-kira AS$1 billion (RM4.28 bilion).

India yang mewakili Bhutan, Sri Lanka dan Bangladesh dalam lembaga IMF  berkecuali dalam pengundian berikutan ketegangan semasa dengan Pakistan.

Pegawai mengesahkan keempat-empat negara tersebut berkecuali atas keputusan India.

Dalam kenyataan rasmi, Kementerian Kewangan India menyuarakan kebimbangan terhadap keberkesanan program IMF ke atas Pakistan memandangkan rekod prestasinya yang lemah.

Read More →
blank

Jangan aniaya saya, saya ada keluarga untuk ditanggung

BUKIT MERTAJAM : Meskipun kecewa kerana kes simbahan asid terhadapnya diklasifikasikan sebagai tiada tindakan lanjut (NFA), pemain kebangsaan, Faisal Halim tetap optimis untuk meneruskan kariernya sebagai seorang pemain bola sepak.

Menurut pemain Selangor FC itu, dia menyerahkan sepenuhnya kes tersebut kepada pihak yang berkenaan termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM) sama ada untuk meneruskan kes terbabit atau sebaliknya.

“Sebagai mangsa, sudah tentulah saya kecewa. Tapi, apa yang saya boleh katakan ialah, benda itu sudah pun berlaku, dah lepas.

“Jadi, saya berharap sangat, berilah ...

Read More →
blank

Bahagia setahun, merana selamanya

blank

blank

KUANTAN: Kira-kira 235 peneroka yang terlibat perlombongan bahan mineral bauksit di Felda Bukit Goh di sini hanya bahagia sementara apabila masing-masing menerima ‘durian runtuh’ kira-kira setahun bermula pertengahan 2014. Para peneroka ketika itu tidak menyangka menjadi jutawan segera apabila menerima puluhan ribu ringgit sehingga mencecah RM1 juta ketika itu tanpa langsung memikirkan kesan masa depan … Read More →

Page 320 of 2,299 «...290300310318319320321322...»

Kami telah pindah ke website baru. Sila layari https://ibsfocus.my

X