MANCHESTER: Manchester United dimalukan West Ham United di Old Trafford selepas kecundang 2-0 dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL), sebentar tadi.
Kemenangan itu juga yang pertama buat West Ham dalam tempoh 18 tahun dengan gol masing-masing dijaringkan oleh Tomas Soucek dan Jarrod Bowen pada setiap babak.
Kemenangan berkenaan juga membolehkan The Hammers memintas kedudukan United di tangga ke-15 dengan 40 mata, Ketika saingan liga berbaki dua perlawanan.
Skuad The Red Devils pula jatuh ke tangga ke-16 dengan 39 mata, skali gus menjadi ...