Blog

Kereta dipandu kakitangan hotel terjunam ke dalam laut

LANGKAWI: Seorang wanita cedera ringan apabila kereta jenis Perodua dipandunya terbabas dan terjatuh ke laut berdekatan Pantai Pasir Hitam, di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Shariman Ashari berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu pada pukul 11.35 pagi tadi.

“Kemalangan berlaku semasa mangsa, seorang wanita berusia 22 tahun sedang dalam perjalanan untuk ke tempat kerjanya di Pantai Kok.

“Mangsa sedang melalui satu selekoh di Jalan Teluk Yu sebelum tiba-tiba telah hilang ...

Read More →

Reman pemandu Nissan Navara disambung sehari

PETALING JAYA: Reman pemandu pacuan empat roda jenis Nissan Navara yang merempuh sebuah motosikal di Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE) dekat sini semalam disambung.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd. Zamzuri Mohd Isa berkata, pihaknya berjaya mendapat sambung reman ke atas individu berkenaan sehari sahaja.

Kata beliau, kertas siasatan akan dirujuk kepada pihak Timbalan Pendakwa Raya pukul 8.30 pagi esok.

“Sebaik ada arahan pertuduhan dibuat maka pertuduhan akan ...

Read More →
blank

‘Amukan’ singa laut ancam pengunjung Pantai California

blank

blank

DI sepanjang hampir 110 kilometer kawasan pesisir pantai California Selatan, singa laut yang biasanya bersifat jinak kini bertukar agresif dan menyerang manusia yang berada berhampirannya.  Pakar menjelaskan, tingkah laku luar biasa ini berpunca daripada keracunan toksin laut akibat pencemaran yang semakin buruk dengan banyak haiwan ini sedang sakit dan hampir mati. Pada 30 Mac lalu, … Read More →

blank

Seorang penuntut UniSZA maut, lima lagi hampir lemas di Lata Changkah

SETIU: Kegembiraan lapan penuntut Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) bermandi-manda di Lata Changkah di sini, berakhir tragedi selepas seorang daripada mereka ditemukan lemas, hari ini.

Kejadian kira–kira pukul 3.15 petang itu meragut nyawa Wan Ahmad Irfan Wan Abdullah Thani, 2,

manakala lima lagi nyaris maut namun bernasib baik dapat diselamatkan.

Seorang rakan mangsa, Muhammad Hady Izzudyn Ikmal Hisam, 23, berkata, sebelum kejadian dia dan enam daripada mereka mandi bersama manakala seorang lagi mandi di lokasi berbeza.

“Semasa kejadian, saya naik ke darat sekejap ...

Read More →
blank

870 syarikat di Pulau Pinang miliki sijil halal

BUTTERWORTH: Sebanyak 870 buah syarikat di Pulau Pinang kini memiliki sijil halal aktif yang dikeluarkan oleh Sistem Pensijilan Halal Malaysia (SPHM).

Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang, Datuk Dr. Mohamad Abdul Hamid berkata, ini sekali gus menjadikan negeri ini sebagai negeri ketiga selepas Selangor dan Johor yang mempunyai jumlah pemegang sijil halal tertinggi di Malaysia.

Menurut beliau, jumlah sijil halal itu meliputi pelbagai sektor termasuk makanan dan minuman, premis makanan, farmaseutikal, kosmetik, barangan pengguna, rumah ...

Read More →
blank

Dua ADUN PN Pahang mahu tindakan tegas diambil terhadap penceroboh tanah negeri

KUANTAN: Dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perikatan Nasional (PN) menjunjung kasih kepada Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah atas keberangkatan mencemar duli meninjau kemusnahan khazanah negeri akibat pencerobohan haram yang sekian lama berlarutan.

ADUN Kuala Sentul, Datuk Jasri Jamaluddin dan ADUN Tanjung Lumpur, Datuk Rosli Jabar dalam kenyataan bersama berkata, ketegasan Al-Sultan Abdullah dalam menyuarakan isu ini, termasuk pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) baru-baru ini manifestasi sebenar seorang raja berdaulat yang mempertahankan kedaulatan negeri dan maruah ...

Read More →
blank

HFMD rekod 99,601 kes, Selangor rekod tertinggi

PUTRAJAYA: Penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) merekodkan sebanyak 99,601 kes di seluruh negara sehingga minggu lepas berbanding 27,236 kes bagi tempoh yang sama tahun lalu.

Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan, jumlah itu merekodkan peningkatan sebanyak 266 peratus.

“Daripada jumlah tersebut, sebanyak 10,421 kes (10 peratus) adalah berkaitan wabak, manakala 89,180 kes (90 peratus) merupakan kes yang berlaku secara sporadik.

“Lima negeri mencatatkan jumlah kes tertinggi iaitu Selangor dengan 27,118 kes, diikuti Johor (9,864 kes), Perak ( 9,347 kes), Kelantan (7,147 kes) serta ...

Read More →
blank

BN teliti cadangan kerjasama tiga penjuru bersama PH, GRS

KEPALA BATAS: Barisan Nasional (BN) akan memperhalusi cadangan membentuk gabungan tiga penjuru bersama Pakatan Harapan (PH) dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.

Pengerusi BN, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, langkah tersebut bagi memastikan tiada berlakunya pertindihan kerusi ditandingi antara ketiga-tiga parti tersebut.

“Kita (BN) akan perhalusi pengumuman itu (untuk menggabungkan BN, PH dan GRS) dan kita akan santuni jika ada titik-titik perbezaan bagi gabungan ketiga-tiganya untuk menjadi ...

Read More →
blank

Dua maut insiden berkaitan pilihan raya di Filipina

MANILA: Rakyat Filipina keluar mengundi hari ini, namun dua insiden keganasan yang dipercayai berkaitan dengan pilihan raya separuh penggal itu dilaporkan berlaku di Negros.

Di Silay City, wilayah Negros Occidental, dua orang penyokong Datuk Bandar, Joedith Gallego dilaporkan maut manakala beberapa yang lain cedera dalam satu kejadian tembakan pagi Isnin.

Gallego kini bertanding untuk mengekalkan jawatannya.

Sementara itu di Davao Occidental, seorang kanak-kanak cedera akibat terkena peluru sesat.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya memaklumkan pihaknya belum dapat memastikan sama ada insiden itu ada kaitan ...

Read More →
blank

Pertembungan Nurul Izzah, Rafizi saingan sihat dalam ‘keluarga’

KEMAMAN: Pertembungan antara Nurul Izzah Anwar dan Datuk Seri Rafizi Ramli bagi merebut jawatan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) perlu dilihat sebagai persaingan sihat dalam sebuah ‘keluarga’. 

Naib Presiden PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad yakin pertembungan dua nama besar itu tidak menimbulkan perpecahan dalam kalangan ahli parti, malah pemilihan itu akan berlangsung secara demokrasi. 

“Inilah demokrasi (pemilihan) yang perlu kita lalui dengan sihat. Kita berkempen dan bertanding secara sihat dan selepas keputusan itu (sesiapa ...

Read More →
Page 317 of 2,302 «...290300310315316317318319...»

Kami telah pindah ke website baru. Sila layari https://ibsfocus.my

X