Sejak beberapa hari lalu hangat diperkatakan mengenai kenyataan seorang pempengaruh media sosial, DMA Islam yang kursus pengajian seperti komunikasi media, teater, muzik dan seni tari pengajian paling bodoh serta tiada hala tuju.
Perkara itu turut mendapat perhatian pelakon Datuk Aaron Aziz yang bengang dengan dakwaan individu berkenaan serta meluahkan pendapatnya di Insta Story.
BACA: Aaron Aziz Jumpa Thor, Netizen Perli Syamsul Yusof
Read More →

Tragedi FRU Di Teluk Intan Imbau Kenangan Hitam Lebuhraya Karak 1990
Kemalangan maut yang kini telah mengorbankan sembilan anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU) di Jalan Chikus-Sungai Lampam, Teluk Intan hari ini seakan mengulangi duka lebih tiga dekat lalu.
Menurut Berita Harian, pada 28 Februari 1990, sepasukan anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU) dari Pusat Latihan Polis (PULAPOL) yang dalam perjalanan ke Kuala Terengganu untuk menjalani latihan masa telah terlibat dalam satu nahas tragis di Kilometer 31, Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak, Pahang.
Kemalangan tersebut melibatkan ...

Pembinaan Terowong Hidupan Liar Akan Dipastikan Termasuk Dalam Rekaan Jalan Dan Lebuh Raya Baharu – Kementerian Kerja Raya
Baru-baru ini, kejadian seekor anak gajah jantan berusia sekitar lima tahun yang maut selepas dirempuh sebuah lori kontena di Kilometer 80, Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) Gerik-Jeli telah menimbulkan kebimbangan dalam kalangan masyarakat.
Sebagai respons, Kementerian Kerja Raya (KKR) dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa inisiatif membina laluan lintasan selamat bagi haiwan liar akan dimasukkan dalam reka bentuk dan pembinaan jalan serta lebuh raya baharu pada masa akan datang.
Syabas dan Terima Kasih kepada Syarikat Konsesi Lebuhraya Persisiran Barat (WCE ...

‘Rakyat bayar cukai, kamu seleweng’
KOTA BHARU: “Ini bukan kes tiada lesen motor. Negara rugi berbilion ringgit kerana orang seperti kamu. Rakyat bayar cukai, kamu seleweng.”
Itu kata Hakim Zulkifli Abdullah sebelum menjatuhkan hukuman denda RM10,000 masing-masing ke atas seorang pemandu lori dan seorang penganggur selepas mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas pertuduhan menyimpan lebih 1,600 liter diesel tanpa kebenaran, dua tahun lalu.
Zulkifli berkata, kesalahan berkenaan amat serius kerana menyebabkan kerugian besar kepada negara.
Read More →

Malaysia mudah libas Nepal
KUALA LUMPUR: Malaysia tidak berdepan masalah membenam Nepal 2-0 dalam aksi pembukaan acara regu Kumpulan D pada Piala Asia Sepaktakraw ASTAF 2025, sebentar tadi.
Malaysia yang menurunkan Muhammad Haziq Hairul Nizam sebagai tekong, Azlan Alias (apit kanan) dan Farhan Adam (apit kiri) menang mudah 15-6 pada set pertama.
Pada set kedua, Malaysia menukar percaturan dengan memasukkan Syahir Rosdi bagi menggantikan Haziq manakala perejam muda, Khairul Aman Rosdi menggantikan Azlan.


“Yang Gila Tu Saya, Bukan Fazura”
Baru-baru ini pelakon Janna Nick dikecam netizen gara-gara menyebut perkataan ‘perempuan gila’ ketika bertanya soalan kepada Fattah Amin dalam satu podcast.
Menerusi satu perkongsian di TikTok, Janna tampil menjawab mengenai perkara itu dimana netizen salah faham mengenai soalan berkenaan.
BACA: Janna Nick Dikecam Gelar Bekas Isteri Sebagai Perempuan Gila
Menurut Janna, soalan diajukan itu merujuk kepada situasi umum yang dirasai oleh kaum lelaki selepas berpisah dengan isteri mereka serta mengakui bahawa dirinya yang gila.
Read More →

Inovasi Gempak Made in Malaysia!
Pernah tak anda berdepan situasi nak cetak assignment penting, tapi printer kat rumah buat hal? Atau anda baru nak mula bisnes cetakan baju, tapi ruang kerja di rumah sangat terhad?
Di sinilah dua inovasi tempatan ini, MyEziPrint, kiosk
pencetak layan diri dan Flexsilk, meja cetak baju fleksibel hadir sebagai penyelesaian yang sangat praktikal untuk anda.
Baru-baru ini, UiTM Shah Alam menjadi tuan rumah bagi majlis penyerahan dua produk inovasi hasil bakat tempatan.
Read More →

Selepas Bertahun Menanti, Badan Penerbangan PBB Akhirnya Isytihar Rusia Punca MH17 Ditembak Jatuh
Majlis penerbangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah memutuskan bahawa Rusia bertanggungjawab atas insiden tembakan ke atas pesawat Malaysia Airlines MH17 di ruang udara Ukraine.
Tragedi yang berlaku pada 17 Julai 2014 itu telah mengorbankan 298 nyawa, termasuk 196 warga Belanda dan 38 warga atau penduduk Australia.
Read More →

‘Lepak’ Di Kedai Kopi, Pak Cik Cina Tegur ‘Influencer’ – “Ini Tempat Tak Halal, Melayu Tak Datang Sini”
Baru-baru ini, tular di platform X satu video memaparkan influencer ditegur oleh seorang pak cik berbangsa Cina kerana duduk di tempat premis makanan yang tidak halal.
Pak cik Cina tegur ‘influencer’ Islam
Niat pak cik terbabit menegur influencer berkenaan kerana tidak mahu seseorang berbangsa Melayu Islam terlepas pandang dengan status kedai kopi tersebut.
Orang Melayu tak datang sini, sebab tempat tak halal.
Prihatin uncle tu. Kena tegur dengan uncle cina sebab duduk kedai makan tak halal 👍🏻 pic.twitter.com/PD7yCQmU2r
— kamaghul ...

Sihat ini bukan untuk ‘enjoy’- Saharul Ridzwan
KUALA LUMPUR : Pelakon dan selebriti media sosial, Saharul Ridzwan, 36, tidak menolak bahawa sepanjang berada di hospital, pengalaman itu menyuntik keinsafan dan kesedaran buatnya untuk mengutamakan aspek kesihatan.
Tidak menyatakan sebab mengapa dia berada di hospital, Saharul bagaimanapun turut menasihatkan pengikut dan warganet supaya melihat akan kepentingan kesihatan terutama dalam usaha untuk terus melakukan amal.
“Hari ini saya di hospital lagi. Tengok ramai orang sakit, sambil tengok sekeliling.Ada yang muda, ada yang tua. Ada yang kaya, ada yang ...