Seorang pemandu kenderaan pacuan empat roda jenis Nissan Navara dihukum penjara 30 hari dan denda RM12,000 oleh Mahkamah Majistret hari ini, selepas tindakannya yang memandu secara melulu menyebabkan kecederaan kepada sepasang suami isteri dalam satu kemalangan di Lebuhraya Utara-Selatan, berhampiran Plaza Tol Duta.
Memetik laporan Harian Metro, tertuduh, K Darmaraju, 32, mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret Khairunnisak Hassni. Mahkamah turut memerintahkan hukuman penjara bermula dari tarikh dia ...